Followers

Jutawan Muda

Friday, April 20, 2012

Pengajarannya

Assalamualaikum

Salam JUMAAT semua..pagi2x aq dah buat senaman tangan, basuh baju berbaldi2x..kali ni sidai dalam bilik je, sidai kat bawah sat gi hujan, aq lak landing atas katil dok KUCH KUCH HOTA HAI, alamaknya pakai baju basah la aq..hahha...

Ada benda menarik terjadi pagi ni...tadi kul 8 ngah dok syok basuh baju (time dah siap dah cuma nak rendam ngan downy je) si abam(abang) man(semey kosmate gua) datang ajak p scaling gigi..dengan semangat nya ni, aq berus gigi kasih putih bersih bersiri nak jumpa doktor gigi..sampai je kat PKU, dia orang cakap kena buat appointment..berasap abam man kita sekejab tetiba ada prosedur baru lak...sebelum ni just ambik no n tunggu giliran je la..so kami bla pergi Hentian Kajang lak cari tiket balik kampung...gua nak bla dari UPM ni...so dapat la tiket..sekian...(giler nye cite sat je xdan nak felling2 hahah)

Ni baru masuk apa yg nak di story hehhehe...setelah mental koyak, hati rabak semalam dah pulih sepenuhnya bagun tido pagi tadi, ada aura baru..tetiba kan..

Nak minta maaf dulu kat member gua kalau dia baca entry kali ni...kalau ada yang terasa pun aq nak minta maaf gak, ni just pandangan aq bukan untuk menengak benang yg basah...proses pembelajaran generasi Y la katakan mesti ada perkataan (WHY)..maksudnya kita selalu tanya kenapa..kenapa dan kenapa..apa yang aq nak tulis (kalau cakap tak bunyi lak kan) ni mungkin betul dan mungkin salah, korang buatlah pilihan..

Kalau kita tengok artis (yang tayang body) or orang yang tayang aurat depan mata kita, free2x kita dapat dosa..kalau kita tengok cerita kat TV sekarang2 ni rata2x artis semua free hair kalau kita tengok kita dapat dosa..nah tak kan kita nak tengok TV kita pejam mata..dengar suara je..emmm boleh ke..gasak la kan..point aq kat sini, kalau kita tengok sesuatu cerita tu, apa yang kita nak tengok..da yang nak tengok artis, ada yang nak tengok jalan cerita, ada yang nak ambik pengajaran.. so pilih2x la cerita apa yang kita nak tengok kat TV tu agar kita x lalai (semua hiburan melalaikan melainkan niat kita untuk betulkan diri kita..emmm betul ke apa yg aq cakap ni..korang betulkan kalau aq silap ya)

Jadi kita tengok cite tu, kita ambik la pengajaran untuk baiki diri kita..da orang bila tengok kat tv tu dia berubah lebih dekat ngan ALLAH..tu bagus untuk diri dia..aq pun suka baca novel (point yg tiada kaitan kalau dalam karangan siap kena potong markah lagi ni heheheh)..benda tu nak kata melalaikan betul jugak, nak kata bagus..emm aq x berani nak kata huhu baik baca Al-Quran kan...tapi apa yang kita buat tu, jangan kita lalai la..masa kita tengok tv tu, kita dengar azan, tutup la tv tu, pergi solat dulu..solat berjemaah pada 27 pahala dri solat sorang2x byk tu, wirid semua...lepas tu nak sambung tengok cite, gasak p la..ni pandangan aq la, apa yang penting bila aq tengok tv tu, apa yang aq dapat, apa yg boleh aq ambik untuk aq berubah..

Tapi kalau kita ikut fahaman Kant's (etika)-padahal dalam Islam dah lama sebut pasal benda ni hehe ..NIAT TAK MENGHALALKAN CARA..bila kita tengok tv, tengok retis dedah sana sini, kita tetap dapat dosa...so kita kena TAUBAT la..minta ALLAH hapus dosa kita..(tapi ai bukannya tiket untuk kita selalu buat dosa)

Kadang2 aq tertanya2..kita tengok sekeliling kita hari ni, cam mana kita nak hidup dalam dunia ISLAM...nak jalan kat bandar, xkan nak pejam mata, tunduk bawah sebab kiri kanan kita, nah amoiiii pakai seluar cam pakai boxer...p joging, kita ke main pakai seluar panjang..nah ambik ko kat depan tu awek nampak betis sampai ke peha.(berdarah hidung ko)..

Nak jadikan dunia ISLAM kena ada kerajaan ISLAM, nak ada kerajaan ISLAM kena  ada pemerintahan ISLAM, nak ada pemerintahan ISLAM kena ada masyarakat ISLAM, nak ada masyarakat ISLAM kena ada keluarga ISLAM, nak ada keluarga ISLAM kena ada muslim dan muslimin ISLAM...(hasil perkongsian dari kubeng)...So pucuk pangkalnya, kita kena bentuk diri kita jadi orang yang betul2x ISLAM bukan atas nama sahaja.

Tak tau nak kata sekarang ni, sebab ideologi kita dah lama di pesongkan oleh barat sebenarnya..nilai ISLAM tu dah pudar..dalam pendidikan misalnya..ISLAM mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan dan ini di tegaskan oleh Hasan Al-Banna kalau baca buku dia...dia ada sebut pasal ni..ni antara cita2 Hasan Al-Banna..Tengok la diri kita sekarang, di mana letak ISLAM dalam diri kita...aq ni x de background islamik pun..sekolah biasa, family biasa2x je, dari kekawan yang ada ilmu lebih dari kita la kita belajar jadi...

teguran tu pahit kita terima, tapi bila kita sendiri, cuba kita fikir apa yang orang tu tegur kita..tengok diri kita balik...untuk jadi lebih baik, salahkan diri kita dulu..hukum diri kita dahulu...(peringatan untuk diri hamba) berhampa patik la lak

p/s: kalau ada apa yang aq tulis ni tak betul mohon respon..agar kita sama2 belajar...nak masuk syurga biarlah kita umat ISLAM beramai2x....

wasalam...


2 comments:

KhaiRin : anies said...

bsh kn bj sy skali? hahahaha

hamihemo said...

Kairin: anies kena upah mahal sikit la hahahah...*angkat tangan,geleng kepala