Followers

Jutawan Muda

Sunday, June 27, 2010

Boikot e.Budaya

Assalamualaikum...

Sampai gak aq kat kolej ni hahaah..tapi masyaallh aq rasa azab gila nak sampai kat kolej ni..ni gara2 bas e-Budaya tu la..nampak cam bas baru tapi hempehhh...eeeee geramnya...penat x hilang lagi ni..dah la x dapat nak tidur sejuk gilerrr..

Bayangkan aq kat dalam bas tu 14 jam..anak beruk boleh mati cam ni...dah la semalam datang lambat jenuh aq dok tunggu cam tunggul kayu..nasib baik aq x jadi kayu...pastu boleh lak bas tu rosak. aq terkandas kat Kuala Kerai tu lebih 2 jam..Ingat kan dia orang nak tukar bas ke apa alih2 dia p repair bas tu sendiri..Jenuh lak aq dok dalam bas tu..belingkor kat kerusi dengan sejuknya x yah nak cakap la..ngan minah kat depan tu lagi buat bising..borak ngan member sebelah cam guna mic..cam nak beritahu kat semua orang dalam bas tu dia dok sembang ngan kawan dia...

Sampai Bentong kul 8 lebih..behenti makan lak..mak oiii dia orang ingat kita ni x de kerja senang2 nak buang masa cam tu jee..aq dah begang kat dalam bas...sapa x marah biasa naik bas 8 jam je kul 6 dah sampai ni dia orang boleh lak buat legah2 cam tu...Lepas hantar orang kat Stesen Bas Putra rosak pula bas tu..entah pe yang rosak lagi aq x tau..lebih sejam lak tersadar kat tepi jalan..

Sampai kat Kajang..tunggu abang aq lak..abg aq sulung da seminar, yang no tiga tu ada hal ngan member dia kat Serembang alih2 abg aq yang no 6 tu mai ambik tu pun lambat dia meniaga lu..kul 12 baru habs kerja..tapi kul 1 lebih baru datang...

Sampai bilik kemas2 bilik nak tidur tapi tak terlelap pula..emmm nasib2

ni la dia bas punya "ramai" tu e.Budaya..tapi aq nak boikot


p/s: balik raya ni kena cari tiket bas awal2 nanti da yang beraya kat kolej ni...Ingat sebelum kena..berjimat sebelum habis...faham2 kan peribahasa tu

Saturday, June 26, 2010

Dah tiba Masanya

Assalamualaikum..
Cepat masa berlalu..pejam celik...pejam celik...pejam tak celik celik yang ni dah jadi arwah heheheh...dah nak habis cuti sem...betul orang cakap waktu seronak kita berlalu pantas tanpa kita sedari..rasa semalam baru jee cuti tipu la tu...hehe..dah nak masuk balik...x puas lagi jumpa kekawan...tapi aq gumbira la gak dapat jumpa semua kawan aq masa zaman sekolah lu.. semalam baru je main futsal ngan dia orang..seronok hehehe...x tau la dapat jumpa dia orang bila lak..cuti raya ni kot heheh..Insyaallah panjang umur jumpa lagi

Masuk sem baru ni azam pun baru gak..tiap2 sem pun azam baru dapat ke tak yang tu jadi persoalan sebenarnya..Azam aq sem lepas tak tercapai tapi aq gumbira la gak ia at least da peningkatan...sem ni emm mesti la nak yang terbaik..tanya budak darjah 1 pun tahu jawapannya..

Matlamat aq masa terdekat ni, aq nak balik UPM dengan pe ni??/ hhhuhu x de orang nak mai ambik...Abg aq ni pun satu tinggal la kerja sat..pening gua...naik teksi mahal kot dah la aq turun kat kajang... mati mak oiiii...

kan senang kalu ada sugar mamy huhuhhu..bajet ko tu muka jambu la..dapat gak aq tumpang heheh..angan2 mak jening la ko ni..

Emm banyak gak matlamat aq sem ni..ishhh biar betul aq ni..tapi yang penting lesen mesti aq ambik..kasut futsal mesti beli...dah semua mesti semua kena buat la hahahaa...

Kepada para Junior yang baru nak masuk ni siapkan diri anda..Tahniah..All the best..Good luck..cam nak reging org jee aq ni hheeh...






p/s : Bola x dapat la nak tengok nanti..hope Argentina jadi juara tahun ni
heeheh

Saturday, June 19, 2010

1 mesej boleh merosakkan 9 manusia

Assalamualaikum
Selamat pagi semua huhu...betul2 pagi ni..Before tu aq nak minta maaf la kepada kekawan yang aq telah hatar mesej tadi..huhhu..aq memang x percaya mesej cam ni..dah banyak kali aq terima tapi aq buat tak tau je..tapi x tau la hari ni tangan ni gatai nk foward mesej tu kat kekawan mesej dia mula2 tu cam nasihat or peringatan tapi ayat last mesej dia tu buat aq x percaya dia cakap **siapa yg tdak menghiraukannya mka akan mendapat nasib yg buruk slama 6 than....dalam waktu 1 jam anda akan mendapat rezeki yg tiada tara jumlahnya jgn di permainkan Demi Allah ini amanah dan jgn hapuskan mesej ni sblum dihantar kepada 9 orang**...

a.a cam tu la bunyi mesej dia..aq pun da terfikir..apakah Allah akan menurunkan bala kepada hambanya jika abaikan mesej ni?..apakah aq akan dapat nasib buruk selama 6 thn? tapi aq yakin jawapannya tak..Allah x kan menganiaya hambanya..mesej cam ni kadang2 boleh buat iman kita tergugat sebenarnya..ada orang terlalu tabsud dengan benda cam ni sehingga dia lupa bahawa semua ini datang dari Allah..

ya memang betul mesej yang nak disampaikan tu baik,,mengigatkan diri kita yang alpa..tapi dalam kebenaran tersebut diselitkan sesuatu yang ,membuatkan aq terfikir adakah ni propaganda syarikat telekomunikasi untuk memperoleh keuntungandengan menbuat mesej2 cam ni dan perlu di hebahkan kepada orang ramai..

ok cuba bayangkan jika kita dapat mesej ni..pastu kita forwardkan kepada 9 orang..pastu 9 orang ni hantar keppada 9 orang lain..pastu 9 orang tu pula hantar kepada 9 orang lagi...dan begitu la setrerusnya...jika 1 mesej 1 sen katakan..berapa banyak dia orang dapat dengan membuat mesej sebegini sahaja..kadang2 kita ditipu dengan mesej sebegini sahaja..sebagai seorang Islam mesej sebegini boleh merosakkan kita punya kepercayaan..mesej sebegini dia pun tercatat dalam mana2 kita mahupun al-Qur'an..so kenapa kita hendak takutkan mesej sebegini..

time kasih kepada kawan saya yang telah memberi maklum balas tentang mesej tersebut katanya.."jangan meletek sesuatu hukum itu sesuka hati, dan setiap apa yang terjadi datang dari Allah bukan datang dari hantar sms atau x"..

jika kita dapat mesej berunsur nasihat @ peringatan kita boleh ambil apa yang baik untuk kita jadikan pengajaran kepada diri kita tetapi jika da yang mengatakan yang bukan2 baik delete sahaja mesej tersebut..nasihat orang tua2 fikir dulu sebelum bertindak..

Thursday, June 17, 2010

Hot Grandma

Assalamualaikum
selamat pagi..pe hal hari ni pagi2 berblog..gile meroyan ke pe..hari ni kena dera kemas rumah..esok kakak aq bertunang..so kena la simpan rumah ni x kan nak tengok rumah cam tokang pecah kot hehhehe..


nenek aq da kat umah ni..huhuhu hot..hot..hahhha..bukan hot pe pun hot kena basuh kat nenek aq ni..semua orang kena..aq kena tempias dah semalam..lupa nak potong rambut heheheh...tebal kot telinga aq ni menahannya hahaha..


pagi ni kakak aq lak yang kena..hahaah aq suka..suka biar semua orang kena..rasakan semua bebelan nenek ku...lepas ni mak aq lak kena yang tu pasti hahaahh......

ok la aq cau lu x pasal2 aq lak kena pagi2 ni main leptop huhuhuhu








p/s: masih dalam mood sedih..
hahaha aq baru cakap dah kena sound..
ok grandma hehehh

Wednesday, June 16, 2010

Dah Tercatat

Assalamualaikum

malam begini main2 terjah kat blog orang lain..hati sedikit terusik.so ni dalam mood sedih result sem 4 lagi..Seriously memang sedih target aq x tercapai tapi dalam masa yang sama da peningkatan la dari result dulu yang memang gile2 jatuh..Lepas ni satu family akan tahu result aq..aq dah habis idea nak cakap kat family aq..pe boleh buat usaha je la lagi kan3x...tu la ayat penyedab hati aq selama ni setiap kali result aq kuar hahahhah...

bila kita tahu result kawan kita lebih tinggi pada kita lagi kita sedih..sama cam aq..aq sedih,marah pun da * nape dia orang tinggi pada aq* dah nasib kau...rezeki masing2..tapi aq ni manusia  biasa yang sering cemburu dengan orang lain tu la aq..tapi aq x kan tunjuk kat depan dia orang hhahah..pandai2 la nak hidup bila kita ni rasa diri kita teruk pada orang lain...haahhah

orang tengok luaran kita seorang tabah,semangat tinggi tapi hati aq memaparkan perkara yang terbalik bila aq tahu result hari tu..sedih yang teramat..

dah2 x larat nak rasa sedih..nak pikir pasal result..enough..stop it...

Penat 1 hari

Assalamualaikum

Hari ini dalam sejarah..emmm cam x sesuai lak hheeheh..ok la semalam dan hari ni dalam sejarah..ishhh..ishhh cam banyak jee kisah aq ni.. ok ni kisah aq pada hari Ahad 13 Jun 2010..aq p buat ic..hilang la tu..bukan hilang la Cuma renew jee..al-maklum la ic tu zaman aq muda remaja dulu..muka suci gelerr..hahhaha.pernah aq kena tahan kat polis.. “dik minta ic”kata polis tu..aq dengan bangganya “nah ni encik”..polis tu termenung lama tengok ic aq “ni betul ke kamu”kata polis tu..aq dalam hati..ishh ni dah melampua aq tau la aq ni hitam..oppsss tu dulu sekarang dah putih-cikit la hahaha..ni cam orang lain jee “tu saya la encik.zaman muda2 dulu belum bertukar lagi”..mesti dia ingat aq ni orang seberang…isshhh melampau2..morel of the story..sesiapa yang masih belum tukar ic lagi yang zaman kanak2 tu tukar la cepat2 yee..nanti orang ingat orang seberang lak haahah….



Ok lepas tu aq p ronda2 KB ngan kakak aq..mula p Tesco cari barang untuk kakak aq bertunang..sampai juga jodoh kakak aq sorang ni..break sat **Selamat Bertunang Untuk Rosmariza (kakak aq) dengan pasangannya Zahid (bukan penyanyi la)** x puas hati shopping kat Tesco kita orang p KB Mall lak dalam kul 2 kita orang berlegar2 kat KB Mall tu..lepas tu member sekolah aq ajak kuar KB Mall main bowling…Aq rojer jee dah alang2 da kat sana..

Lebih kurang kul 3 dia orang sampai.punya la ramai orang p main bowling kena ambik no..kul 5 baru kita ornag dapat main…main 2 game aq juara Melongkangkan Bola hahaaha…malu sehhhh..tapi tak jee main jee.... kul 6 lebih kita orang blah p Wakaf Che Yeh..Wakaf Che Yeh ni tempat pasar borong..ramai sehhhh orang malam2 kat sana..kul 10 malam kita orang pun balik..aq dengan tangan kosong x beli pe pun.aq berkenan dengan jersi Kelantan tapi simpan lu hheheheh…paham2 je la cuti2 ni..

Aq nak cakap kat sini aq kuar hari tu dari pagi sampai malam x pernah pun aq buat sebelum ni..hehehe

Hari ni pun sama kuar main bowling ngan Hasror,Nuar ,Mimie dan As..4 game kot kita orang main..puas gilerrr…pastu p cari rumah as hantar dia punya beg…sesat kot nasib baik jumpa klu x tinggal jee kat tepi jalan tu hahaahah..ok la aq cau lu nak buah aq dok menangis…











p/s: cerita rekaan aq tu dalam proses heheeh x de idea nak buat daaa

Saturday, June 12, 2010

“Kejutan tak di duga”

Assamualaikum...

"huhu sebenarnya masa ni dalam mood sedih...tengok resul hancur sooo...x tau nak buat pe nak tenangkan hati ni..jadi aq reka la satu cerita yang tah apa2 ni tuk hibur hati aq huhuu"



“Iklas ke abang terima diri Ina?..sanggup ke abang terima kekuarang diri Ina ni?..Jujur ke abang pada diri Ina ni?..Abang..dengar tak apa Ina cakap ni..Ina tak sanggup lagi kehilangan diri abang..Hanya abang yang Ina saying tiada kedua dari saat Ina bertemu abang hingga ke hari ni..”Ina terduduk, air jernih di tubir mata menunggu saat untuk jatuh ke pipi yang dahulunya gabu sekarang cengkung..


Aiman melihat Ina dengan pandangan yang tajam. Matanya dikecilkan menahan marah yang menyala di hati. “Kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau buat kat belakang aq. Bukan main manja lagi kau dengan si Haris tu” teringat peristiwa Ina bersama Haris di taman dua hari lepas membuatkan marah Aiman membuak-buak hingga ke kepala. “Memang dulu aku saying kau tau kau buat aku separti tunggal kat rumah ni. Aku pun ada perasaan, ada hati. Siapa pe yang sanggup tengok orang yang dia saying bermain cinta di belakang dia..Cuba kau jawab”. Di tinggikan suara kepada Ina..

“Abang Ina minta maaf abang, Ina dengan Haris hanya kawan. Haris jumpa Ina hanya untuk mengucapkan tahniah kerana Ina dapat naik pangkat itu je. Haris jumpa Ina untuk ucap selamat tinggal dia dapat tawaran sambung belajar kat Jepun.” Air mata kini menitis di pipi ni seperti empang yang pecah. Dia tahu Aiman tersalah faham dengan kehadiran Haris tempoh hari. “Abang Ina tiada apa-apa hubungan dengan Haris. Kami hanya kawan. Abang percaya lah. Ina berani bersumapah” dengan tangisan yang bersisa Ina mengangkat tangan kiri seperti orang membuat ikhra janji.


Aiman tersenyum sinis melihat tingkah Ina. “ Aku tak percaya la dengan semua tu. Kau bersumpah pun aku tak akan percaya. Aku tengok sendiri apa yang kau buat kat taman hari tu”. Aiman memusingkan badanya membelakangi Ina. “Ya Allah abang, percaya la cakap Ina, Ina tidak melakukan perkara yang melanggar syariat. Ina masih ingat batas sebagai orang Islam dan seorang isteri”. Ina masih mencuba memujuk Aiman yang keni marahnya tidak dapat dibendung. Dia mesti member tahu tentang kedudukan perkara sebenar jika tidak mahligainya bersama Aiman yang dibina selama satu tahun ini mungkin roboh. Pasti ayahnya menyalahkanya. Malu keluarganya dengan jiran tetangga nanti.

“Kalau abang tidak percaya dengan Ina abang telefon Haris, Tanya dia perkara sebenar”. Ini menghulurkan telefon nokia N-70nya kepada Aiman. Aiman memcapai telefon tersebut dan membalingnya ke dinding. Berkecai telefon tersebuat.Baterinya terpelanting hingga ke kaki Aiman. “Aku tidak percaya korang berdua.” Jerkah Aiman lalu pergi meninggalkan Ina yang masih terkejut dengan tindakan Aiman tadi. Ina baru perasan suaminya pergi. “Abang jangan tinggalkan Ina. Abang Ina minta minta maaf jika Ina buat silap, abang”. Dalam esakan yang semakin kuat Ina memanggil suaminya. Tapi Aiman terus melangkah pergi tanpa mepedulikan esakan Ina. Haris Hilang di balik pintu dan kemudain bunyi kereta meluncur pergi. Ina terus menangis tidak tahu untuk membuat apa-apa saat itu, otaknya gagal berfungsi. Dia rasakan dunianya sudah gelap. Cahaya kebahagiannya bersama Aiman kini pudar dan kelam. Masih ada lagikah cahaya itu untuknya. Dapatkah dia menumpuh hari-hari yang mendatang ni tanpa Aiman disisi yang sentiasa memberi sokongan. Ina rasakan sebelah dirinya hilang dengan pemergian Aiman disisinya.


Ina buntu untuk membuat apa-apa. Hendak cari Aiman dia tidak tahu kemana Aiman pergi. “Ina mesti cari abang”. Ina tekad dia memgagahi dirinya untuk bagun. Sebelah tangannya berpaut pada pasu bunga di tepi tangga. Panggg… bunyi pasu bunya pecah. Serpihanya bergolek jatuh hingga ke lantai tingkat bawah. “Ya Allah..” Ina terasa dirinya ringan melayang dan Ina tidak sedarkan diri. Ada cecair merah mengalir keluar melalui hidung dan kepalanya..
Bersambung…..







p/s cerita ini rekaan semata-mata..


Ini cerita pertama yang aq reka seumur hidup aq hahahaha..


Kebosanan aq dirumah menyebabkan hati aq terdetik untuk mereka2 cerita dan malam aq yang kebosanan menambah lagi kegilaan aq untuk menulis cerita ni..


Semoga terhibur..segala komen diterima hhihih


enjoy

Wednesday, June 9, 2010

KelAB bLOg!!!!!!

Assalamualaikum semua

Hari ni aq da konflik sikit kat umah ni..tapi ohhh lupakan jee..malas nak ambik pusing benda tu..So aq buka la blog..Check punya check tertarik lak dengan Blog En. Ben ni. So aq pun nak cari ramai kenalan gak memang sesuai la En.Ben buat kelab ni..Bukan aq nak cari popular seperti mana En.Ben kata aq hanya nak kenal lebih ramai kenalan dalam alam maya ni..Hope2 lepas ni ramai la kenalan aq berblog...Terlebih dahulu nak ucapkan thanks kat En.Ben kerana mengjelajah blog ni tempoh hari huhu...

So kepada mereka yang telah melawat blog ni terima kasih diucapkan..


SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER


Tuesday, June 8, 2010

1 Jun 2010

Assalamualaikum semua....
horeeeeeyyyyyyy dapat update blog

**kisah dlm bulan jun huhuhu**
Lambaran baru untuk bulan ni..emm hari ni aq terkejut juga giler dengan berita tentang serangan konvoi “LifeLine4Gaza” yang mana kapal Mavi Marvana telah ditembak oleh tentera Israel..


Aq secara peribadi memang mengutuk giler la Israel ni..memang hati iblis aq percaya dia orang akan mendapat balasan yang lebih dari apa yang dia orang buat kat rakyat Palestin..Moga2 doa2 umat Islam terhadap keselamatan sukarelawan semoga terselamat khususnya warga Malaysia kita dimakbulkan Amin….

Ok.kita stop pasal berita tu dulu..app2 perkembangan terbaru kita update lak berita tentang kejadian tu lagi..boleh..ala boleh la hahaahha…

Hari ni aq kuar pergi KBMALL hahaha main bowling..jangan jelous kekawan yee..kita orang (aq,mimie,jan,hasrol) main sampai 3 game…lenguh giler la tangan aq cam nak patah..dah la tak de bola ringan 9,10 jee saiz yang banyak..tu pun puas round baru jumpa sebab ramai gak la yang turun padang main bowling hari ni.aq ingatkan hari kerja ni x ramie orang tapi cam hati cuti lak ramai orang..baru kuar dari bukit kot hahah semua nak lepas gian main bowling..cam kita orang..

Lepas main bowling kita orang p makan kebetulan as dating so kita orang pun lunch la sama2..bising ngan kita orang jee kat McD tu..Lepas tu kita orang p window shopping..lenguh giler kaki aq dari kul 2 hingga kul 4.30 kot jalan2 non stop..

Balik umah cam biasa la ambik lembu kat padang masuk dalam kandang..aq ni cam petani lak..ahahah tapi aq suka bila kasi makan kat lembu ni..masa aq kecik2 dulu pun aq yang bela lembu ayah aq 4 5 6 ekor lembu..sekarang ni jee dah kurang masa kat kg cuti2 jee boleh main ngan lembu2 ni tengok dia makan..huhh rasa sayang lak nak balik UPM nanti x boleh tengok lembu aq membesar..hhuhuh

That all buat kali ni..dah lama x update blog ni sejak balik umah huhuhuu…

Next entry pasal trip p mandi Lata Belatang ngan budak2 ni hahha..Inyallah planning tu aq jadi haaahaa