Followers

Jutawan Muda

Friday, April 23, 2010

Ku PerLukan KeKuatan

Assalamuailaikum..

Hari ni x tahu nape rasa tension semacam..Pada penghulu segala hari ni sepatutnya aq gembira,ceria tapi x tau rasa berat kepala ni dok pikir pasal benda ****.. nak je aq mengamuk lempaq semua barang kat dalam bilik ni cam cite2 kat tv tu..sedih,marah haa habis berterabur kaca,bantai tapi nasib baik la almari tu beratkan klu x  kasi  ONG BAK jee..dah2 melalut entah kemana dah ni..
study x habis lagi pagi2 esok dah paper..banyak giler kot formula nak kena ingat..Aq bab ingat mengigati ni LAMPI cikit..orang biasa mengira nak kena ingat harus la kura2 cikit..hehehe mengaku pun x sedaq diri..Ok fine kutuk diri sendiri lak..

Masalah sebenarnya ni CAM MANA NAK DAPAT DUIT tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!...
dalam bank da 100 jee..pastu tinggal kat sini da lagi dalam 2 3 mingu..pastu program ngan COSMATE melimpah ruah..nak BBQ kena bayar pastu nak p makan kat MAEPS lak duit lagi..hari2 nak makan duit gak..Bulan 5 ni p Pulau Pangkor..Emm memang la x guna duit kita sangat sebab under KOLEJ yang buat tapi dah p sana tengok member makan ICECENDOL x kan kita nak gigit jari kot..huhuhu duit2..mana nak cekau ni...pastu nak p SABAH ni buatkan aq sangat2 pening..Duit tiket x bayar lagi RM170 dalam bank da 100 jee..OMG!!!!! pastu p sana makan guna duit sendiri..ohhh aq x sanggup nak pikir cam mana nanti aq kat sana..aq x rela nak p..huuuhuhuu tekanan jiwa sekarang ni..

Klu aq x p tak pe ke??? kejam x...

AQ PENING...pening sangat34x..nak je aq lari balik umah...
Tapi dia orang x faham..pastu da yang cakap ~~ni program kita bersama x kan x nak join kot.. Pasal duit tu ikhtiar la cam mana pun..

Huhuhu senang kan cakap..Korang tak pe la semua anak orang berada senang..Aq ni lain..Nak minta duit ngan orang tua kat kg tu jauh sekali..Adik2 ramai lagi nak guna duit..Orang tua aq sekarang ni x kerja makan dengan juah kuih tiap2 pagi berapa jee dapat..Pastu ni KONVO kaka aq lak nak kena guna duit p KEDAH habis2 sakit mahu 300 nak p sana.. Nak makan kat umah lagi..Adik aq kat poli tu pun mesti guan duit minyak moto tiap2 hari..yang sekolah 4 orang lagi..tidakkah kejam klu aq minta ngan dia orang kat umah tu...LUPAKAN NIAT KAU TU MIJEA...

Keputusan aq pun x tau lagi tapi memang aq x de duit sekaran ni nak p SABAH..Maap la semua sekiranya aq x dapat p ikut korang kat sana tapi memang aq betul2 x de duit..kepada KAK INTAN, ZUL, D, QUE..enjoy and I sorry I can't join you all..Sedih memang sedih tapi nak buat cam mana mungkin ni ketentuan ~RAMLAH RAM~ dari Allah...memang nak sangat pergi..x pernah pergi pun kat sabah..dapat naik BELON..uhhuuh gembira sedihnya..Ok la air mata dan nak keluar ni  gua cau lu..sambung study..wish me luck

**Ni bukan nak raih simpati kat sapa2 cuma luahan hati yang bersarang didada..**

Thursday, April 22, 2010

PArking Punya Fasal,,Aq tErasa!!!!! ( * ;* ) wekkk

Assalamualaikum..
Maaf 2 3 hari ni x sempat nak menaip kat blog ni..da masa cikit jee dok tulis kat kertas al-maklumlah final la sekarang ni..huuuu dalam sibuk2 dok study ni da la suara2 meraka yang tersangat merdu yang membuatkan aq tersedak terkena tempias suara mereka...
Kolej aq nak naik taraf la cikit buat grill kat parking moto tu nak selamatkan moto diorang daripada kecurian..Niat baik tapi da yang x puas hati..Oppsss x puas hati dalam 2 keadaan di sini yang dapat aq singkap la..
1st
Yang ni aq sokong la..dia orang cakat bising..
emm memang betul agak bising la sikit kita nak study tuk exam pun x selesa..tapi cara di orang menyatakan ketidakpuashatian yang aq tak suka..Dok cakap kat mukabuku mana la orang tahu kita ni x selesa..betul x?? Pihak pengurusan mana da facebook ni nak tahu pe yang kita tulis kat sana yang kita x puas hati..
pastu da la penyokong yang setia teramat sangat...Boleh pulak cakap MTM x ambik action..huhuuh gua baca gua jadi panas..kipas no.5 kat atas kepala gua x terasa..sakit hati woiii..
Yang jadi masalahnya dia orang x cakap pun kat WAKIL2 MTM. emu depan mata pun x terkeluar pun perkataan puas x puas hati tu...
Kitanya diorang nak MTM ni berjiwa rakyat kot...nak kena tanya~emm korang da nak buat aduan ke pasal kolej ni~ huuhuh x masa la tanya benda tu..paper berlambak lagi nak kena baca pastu nak kena berjiwa rakyat lak...kita yang x puas hati, kita la yang kena bertemu mereka bukan mereka yang mencari kita..huhhuhu panas2..
Ok stop it dia orang x tahu pun ni..aq dok membebel kat diorang..

2nd
Diorang cakap buat pagar tu susah lak nak parking dia orang punya moto..huhhu manusia2 memang nak kena ikut cakap dia jee..
Ok cuba fikir..
Dula masa hilang moto..3 4 bulan dulu dok bising kata pihak pengurusan ambik lewa pasal parking moto x de keselamatan katanya..klu orang nak curi moto bila2 masa pun boleh..
ni bila orang ambik action tuk kepentingan kita masa hadapan pun da gak orang yang bermulut murai bising x kena tempat..Klu boleh nak sepaq je mulut2 cam ni..
sekarang timbul isu perking moto sempit..x nak sempit cam mana dah parking moto ikut suka hati jee..LINE orang pun masuk gak...Lintang pukang moto tu..
Nanti bila moto diorang kena curi baru diorang sedar kot selamatnya buat pagar ni..

ok sesi luahan dah habis..sambung study lak 24 da paper lagi berangka...HUHUH BANYAK GILER ANGKA..oppss cilap
FORMULA  BANYAK GILER...RANGE-KUTTA METHOD~HUENMETHOD~

METHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHOD
METHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHOD
METHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHOD
METHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHOD
METHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHODMETHOD

esok sehari lagi tuk study benda ni..muntah kedarah la aq
 p/s: Hapy bday to..As, Mughti, Budak kecik dan bolgger yang lahir 22/4


Sunday, April 18, 2010

Bukan ku X Sudi

Assalamualaikum

Al-Fatihah ku hadiahkan untuk Achik Spin di atas pemergiannya bertemu PENCIPTANYA buat selama-lamanya. semoga rohnya di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman..Amin..Kepada semua ahli keluarganya...Takziah saya ucapkan, terimalah dengan hati yang ikhlas dan rehda..

Back to my story...

Malam ni member aq ajak kuar..sory beb gua x dapat kuar malam ni..bukan study alasan gua tapi da 2 ,3 sebab nape gua x nak kuar..
dalam hati ni nak kuar giler2 dah x larat nak mengadap buka ngan leptop ni..dah naik muak sampai ke kepala dah dok baca benda sama tapi faham x pun..
Tahu2 la kan akhir2 sem ni poket gua kosong giler35x..betul x tipu..ni ngah pening dok pkir cam nama nak bayar duit p Sabah ni..Pastu sampai Sabah nanti x kan x makan kot..x larat nak makan ubi kayu jee kat sana tu klu ada aq tibai jeee...

Pastu kena p Pulau Pangkor lak..nanti kat sana x kan aq nak meleleh air liur tengok orang makan, beli cenderakaki kat family, kekawan..gua dah x larat nak pikir huhu..
gua dah segan nak minta kat kakak gua..nak makan ni pun gua sempot..hutang ngan orang gua x bayar lagi..
uhhuhu bukan gua nak cakap gua x nak bayar tapi gua sekarang ngah jimat huhuh....jimat ke!!!!!!!!

Sory beb sekali lagi lain kali kita kuar..kaki ni dah gatai sangat nak p ronda2 KL ngah malam2 ni..Gua harap KORANG enjoy...

p/s: mimie,D,Que sory bro gua x dapat join..huhuhu lain kali naa..bila gua boleh nafas cikit kita kuar..gua janji...nanti bola ke...BARCA nanti kita kuar nak????

Saturday, April 17, 2010

Futsal punya Fasal

Assalamualaikum

Salam satu Malaysia, salam hubungan etnik, salam perpaduan..salam semua..
Ni x tau nak tulis pe sebenarnya huhuh..
tapi tetiba jee nak tunjuk sesuatu...apa tu???? jenjenjen
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni jee
kasut terpakai yang aq main futsal hhehe
jangan marah 
jom kita tengok

 
 kasut ni mula2 beli masuk sini...
main punya main sampai la hancur kasut ni hehhe


kasut ni teruk sikit
sampai terkoyak depan tu..
kasut ni la aq pakai main futsal
joging pun kasut ni
klu da kem kasut ni aq pakai
lepas ni x de kasut aq nak pakai dah
huhuhuhu....
nak pinjam kasut oiii!!!

 
 teruk gilerr kasut ni kan
huhuhuhu


kasut in pun jadi mangsa
ni kasut p kuliah
mula2 aq masuk sini...
cantik jee kan tengok dari depan....
tapi


hahaahah..
tapak dah tembuss
kuat main futsal
hehehee


Ni kasut p kuliah gak
dah terdesak x de kasut
nak mian futsal punya
pakai jee kasut yang mana da
ni la jadinya..
sedih sehhh


eheheheh ni kasut
محمد رضي
dia kasi pinjam..
kesian kot kat aq x de kasut nak mian
x kalat nak main futsal 
kaki ayam...
menangissss
tq Dr.Radz
luv u
hehheheh


Ni kasut aq baru pinjam semalam
hhuhuhu
kiranya muka aq ni muka meminjam kasut futsal la
hahhaha..what ever..
not bad try again la..
walaupun besar n panjang cikit
tapi aq pakai jee
giler futsal la katakan
ni kasut skrinbiru
time kasih oiiii...
nanti aq kasi balik
lepas budak ni  nak main futsal dahh..
30/4/2101
hhehehe



p/s : sesiapa nak beri kasut futsal terpakai pangil la aq yeee hehheh...
Insyallah cuti ni aq cari kerja,cari duit beli kasut futsal buka nanti boleh main ramai2
ngan junior baru..hhehhe
x sabar nak tunggu cuti walaupun paper 1 habuk pun x start lagi..



Thursday, April 15, 2010

Futsal Larut Malam

Assalamualaikum..

lega la malam..gian tuk main futsal petang tadi di balas dengan malam ni..main sakan aq baju tu cam main hujan lencun dengan air peluh la..

Walaupun exam 4 hari lagi tapi main tetap main..

Tapi satu jee terkilan tapi aq x kisah x dapat tengok bola pagi ni Barca lawan..Tapi aq rasa Barca akan menang dan MESSI adalah hironya buat ke 10001 kalinya..hahahha..

Entry cikit jee malam ni nak sambung study cikit sebelum lena esok di orang ajak study awal dalam kul 10. aq entah bangun ke tak masa tu..huhuhu Insyallah bangun subuh nanti..
Gua chow luuu...
Good night

Wednesday, April 14, 2010

Makan Sakan

Assalamualikum

Boring seh petang ni semua orang x de kat kolej.Ajak main x turun..nak p berenang tapi dia orang tinggalkan aq..demm..aq kot yang lambat reply mesej dia orang hehehehe...tak pe la hari ni kat bilik jee tapi seriously memang bosan tahap gaban dah ni..dah naik kat kepala dan pening sehh sehari x keluarkan peluh..So x de benda nak buat aq peluhkan tangan ni dengan berblog..

pada semua..hehehe ni nak kongsi cite best cikit...
Hari tu kita orang p makan kat MEPS UPM..makan sakan bayar jee RM20 seorang pastu makan je pe nak makan kat sana.. Tapi makan ala-ala STIMBOT la..nasi ada gak, yang aku paling suka ICECREAM...bestnya cam nak p lagi jee... dia buka dari jam 5.00 petang hinnga 10.30 malam

Sapa2 nak cuba datang laa..pasti perut boyot kenyang..
jom tengok gambar..


 Jangan terpengaruh dengan gambar ni
sekadar hiasan saja huuh
cover sakan tapi udang dah habis 
1 kilo kot



Tengok la udang, ketam,semua da

makan2 gak bergaya mesti




Dia ni hantu sayur, 10x kot dok angkut sayur..
makan ngan CHOPSTIK..poyooo
pegang pun salah heheeh



Cam ular sawa sorang2 lepas makan
tersadai kat kerusi
heheheh



Pencuri tegar hahahaah..
Sah memang minah telur ni..
banyak kot makan telur
anak dinasor ke pe ni?????
hahaha buat lawak jee
tapi sempat lagi bawa balik 2 biji kat kolej
Ishhh35x


Pronya cik adik makan dengan
CHOPSTIK tu


Chef kita siap berdiri lagi tu
makan bang, makan dik
makan kenyang2
yammyamm


Heeheh dia ni hantu makan
semua benda dia makan tolok benda haram, batu, kayu jee..
best siot makan ngan dia orang...
sambil2 gelak, makan, nak balik kolej dah x larat...

Sampai jee kat bilik terus lena sampai pagi  huhuhuh....makan kat seni rugi jika makan sikit jee..sebab dalam 20 inggit 2 makan pe nak makan..lain kali datang lagi yee kita makan banyak2

Setitis Air Mata

Assalamualaikum

Jam satu pagi.. sambil aq study aq jalan kat blog2 orang..sampai je satu blog ni hati ku tersentuh,tersentap,pilu,sedih semua da..

Ini bukanlah pertama kali aq mendengar tentang kematian..Tapi yang membuat aq amat terasa sedihnya kerana dia merupakan sahabat baik..Emm memang senang untuk memberi kata semangat.."tabahkan hati..Ini lumrah dunia setiap yang hidup pasti mati"..tapi aq akui memang sukar untuk menerima keadaan ni..lebih2 lagi dia adalah sahabat karib kita umpama ahli keluarga kita..

Aq ingat lagi pesanan seoang sahabat aq"korang beruntung kerana masih ada ayah dan mak, jika meraka minta tolong bantu lah mereka..jangan memberi alasan.." Aq kekadang amat merindui keluargaku tapi jarak dan masa sentiasa menghalang aq..sekarang waktu final exam..aq gembira bila aku dapat mendengar suara mereka semua tekanan yang da dalam fikiran aq seperti kosong, hati tenang terasa..tapi jika kau dapat berjumpa mereka pasti aku lebih gembira..hampir 3 bulan aq tidak bertemu mereka..rindu di hati ini sangat berat terasa..ingin je ku pulang tapi banyak perkasa yang membatasiku..Jika aq kaya pasti aq pulang tapi aq bersyukur kerana aq disini tidak lagi meminta sedekah untuk makan..

untuk teman apa yang boleh aq berikan hanya kata2 semangat..Jika mu memerlukan bahu untuk menangis pinjam lah bahuku, jika mu memerlukan telinga untuk meluahkan apa yang da dibenakmu, ambillah telinga ini yang akan mendengarnya tulus..jika mu memerlukan seseorang untuk bercerita, carilah diri @ mereka yang setia mendengar..Tabahkan hati, kuatkan semangat..

Dalam pemergian ini bukan kesediahn yang di mahukan oleh Allah..Allah tidak suka mereka yang terlalu menangisi mereka yang bertemu denganNya..kita harus bersabar dan redha dengan kehandakNya..Allah inginkan umatnya sentiasa ingatkanNya dengan ini kita lebih dekat denganNya..

Al-Fatihan ku kirimkan untuk sahabatmu..

Sunday, April 11, 2010

Malam Di KL

Assalamualiakum 

Sebelum aq nak memblog ni aq nak bersorak dulu horeyyyyyyyyy BARCA menang lagi lawan REAL MADRID pagi tadi 2-0.. Salah seorang hero pada malam tadi tak lain x bukan adalah MESSI..Cantik siot dia main, boleh je bola kat kaki dia depan gol mesti bolos la bola tu masuk gol lawan.. Berbaloi kuar semalam..

Sebenarnya bukan aq nak cita pasal Messi, pasal Barca, pasal bola tapi apa yang aq lalui semalam..ISHH3x dunia sekarang teruk tu yang aq boleh cakap..Ni pengalaman pertama aq dan aq bersyukur tinggal di kg yang tiada pe2 kemudahan seperti yang berada di METROPOLITAN ini..
My I story la na..tapi aq story biasa2 la x gempak cam blog org lain heheh..
 
Aq dan 4 orang member aq kuar dengan niat nak tengok bola semalam..Seperti biasa la kita orang kuar pun nak tengok bola, bukan nak buat pe pun..jam 1.30 pagi kita orang kuar dan bola jam 3.55 pagi."Emm kita nak makan kat mana ni...Kita cari tempat menarik la asyik2 MAULANA @ ANJUNG~ tempat biasa kita orang lepak tengok bola heheh..."
pastu terkeluarla perkataan KAMPUNG BARU..ok menarik makanan kat sana lebih2 lagi hujung minggu ni dan baru lepas BOLA LIGA MALAYSIA antara KEDAH VS N.9 dan tahniah kepada N.9..Sepanjang OTW pa sana ramai siot penyokong2 bola bawa bendera N.9..Ok no wonder baru lepas bola.. Sampai je Kampung baru kita org makan..

Ramainya x payah nak habaq la nak cari tempat duduk tu kena beratur..kita orang makan sampai kul 2 lebih..Pastu member aq ajak ronda-pusing2 KL..dalam hati aq"KUALA LUMPUR AQ DATANG" gembiranya frist kot dapat ronda2 KL..Tq friends LOVE YOU ALL muaahhh..Member aq ni otak giler2 cikit dia cakap nak tunjuk kat aq fenomena KL yang senenarnya..Aq on jee..
Tempat pertama dia bawa round ****** sebelum ni dapat lihat kat TV jee benda cam ni ni dapat lihat live..Aq rasa cam bukan dok MALAYSIA dah..

Ishh pe aq nak citer sebenarnya ni..tak pe la kenangan semalam memang buat aq x nak hidup kat KL ni..Nak study la exam dah minggu depan paper bederat lak tu...Ok. gua CHOW lu..Member nak tengok bola nanti ajak lagi naa hehehe...BARCA lawan nanti jangan buat2 lupa kat GUA lak

Friday, April 9, 2010

Assalamualaikum

Sebelum masuk ke rumah kena la beri salam..hehehe
Nak masuk introduction terus la..Emm bila aq suka, sedih, marah, x puas hati dan sewaktu dengannya aku suka berblog.. Hari ni sedikit kecewa dan terkilan a.a.a satu lagi gembira..
Kerja aq list nama merit kolej dah hantaq kat baba..Fuhh gembira giler walaupun ramai lagi budak ni x hantar..biaq p kat depo kena jumpa baba terus nanti hahaha..
Tadi masa hantaq benda alas tu, da la 2 orang ni nak katakan couple emm x kot.. Dok tanya fasal merit..Dalam hati aku ~ korang ni boleh kuar kolej dah~ tapi sayangnya dia orang buat surat rayuan,,ish3x dah la x nak join program da hati lagi nak stay..memang x tau malu dia orang ni cam x de perasaan bersalah lak.. tak pe la biaq p kat depo x de kesan kat aq pun..

Yang ni topic lain lak.. Yang ni aku x tau la hanya bisikin syaiton ke aq yang terlebih2..hehhe..
Bila dok sorang2,jalan sorang2, makan sorang2 bak kat orang kuno sorang lah cam de something wrong somewhere la.. Bila direnung2 cam ni kot perasaan orang bila ketikanya ditinggalkan kekasih, roomate, kekawan, sahabat tapi bukan di tinggalkan musuh.. Klu yang tu, aqu gembira giler la klu melompat tu cam nak je lompat tinggi pokok kepala oppss kelapa.

Betul la kata seseorang pada aqu dulu, ada masa kita perlu berseorangan, da masa kita perlu berkawan.. Bila berseorangan kita nilai diri kita, mana diri kita sebenarnya, apa perasaan orang tu bila kita x de or x dapat bersama mereka..Mesti sedihkan..Oleh itu, aq nak la minta maaf kat member2 dulu masa sek rendah ,sek menegah, matrik dan sekarang U.. sory beb gua dah lama x calling you all semau..Ada facebook tapi gua cam x wujud jee..gua minta maaf banyak2..Reunion gua x dapat datang hari tu, cam2 alasan gua kasi kat korang semua..hhuhhuhu..

Gua chow lu nak p masjid tenang kan hati cikit..minta lapangkan dada ni dari hasutan syaiton..hilangkan tension dengan mendengar zikir dan menadah tangan kepadaNya..Insyallah..Amin

Monday, April 5, 2010

KEliru

tiada apa yang penting sebenarnya tuk ku coretkan kali ini.. tapi yang pasti buat masa sekarang ni aku keliru~bukan keliru pasal cinta dalam lagu ajai dan nurul~ tapi keliru dengan keputusan yang telah aku ambil.. Ramai sudah kekwan tegur aku 

#kenapa ni cam x bahagia jee dengan kehidupan sekarang ni 
#saya terasa hati ngan awak..mesej saya pun x balas, cakap pun x dengan saya


Banyak lagi la..dah malas nak fikir..Seriously semenjak minggu lepas memang aku terasa perubahan dalam diri aku..Aku pun tengah mencari kekuatan diri aku balik..

Jika dula akulah orang yang paling bising antara kami bertiga, berempat, berlima tapi sekarang akulah orang yang paling senyak antara kami..
aku cuba senyum tapi dia orang dapat dteck *aleh senyum paksa cam la aku x tau*..

entah la mijea..keputusan ko dah ambik..esok dah harinya yang baru..apa yang pasti aku akan mengambil masa yang lama untuk mencari diri aku kembali.. 

2 minggu lagi final..Insyallah aku fokus final dulu..hal2 ni aku akan tinggalkan di gelanggang futsal setiap petang untuk mencari mood yang baru..setiap kali dapat tendang bola seperti aku lemparkan semua perkara yang merungsinkan aku ni jauh..setiap kali sorakan gol@ole pastu aku tersenyum umpama akulah orang yang paling bahagia..

Aku rindukan saat itu..
Aku rindukan mereka di kampung
Aku rindukan saat aku bergelak ketawa bersama kekawan
Aku rindukan melihat reaksi kekawan yang terkejut melihat cerita hantu
Aku rindukan suara-suara bising mereka
Aku rindukan semua

Sunday, April 4, 2010

Kau mengEmbiraKan ku

Temi kasih bcoz bagi award ni..suka sangat

Friday, April 2, 2010

yaKIN???

hari ni aku buat keputusan yang berat dalam hidup aku. Aku tidak tahu ia dari hati aku atau hanya sekadar tanggungjawab.. Saat aku memberi jawapan tadi, air mata ku menitis sebak rasa dada ini untuk ku membuat keputusan..dapat ke aku pikul tanggungjawab ini lagi..Apa yang aku terima nanti aku radha..segalanya dah terlambat untuk ku berundur.. mungkin hari2 ku nanti x seceria hari2 sebelum ini.. tapi kenangannya indah sebelum ini akan ku jadikan kekuatan untuk aku terus melangkah ke dunia yang berliku ini dah selekohnya kadang2 kala amat berbahaya untuk ku terus berlari..