Followers

Jutawan Muda

Friday, April 20, 2012

Pengajarannya

Assalamualaikum

Salam JUMAAT semua..pagi2x aq dah buat senaman tangan, basuh baju berbaldi2x..kali ni sidai dalam bilik je, sidai kat bawah sat gi hujan, aq lak landing atas katil dok KUCH KUCH HOTA HAI, alamaknya pakai baju basah la aq..hahha...

Ada benda menarik terjadi pagi ni...tadi kul 8 ngah dok syok basuh baju (time dah siap dah cuma nak rendam ngan downy je) si abam(abang) man(semey kosmate gua) datang ajak p scaling gigi..dengan semangat nya ni, aq berus gigi kasih putih bersih bersiri nak jumpa doktor gigi..sampai je kat PKU, dia orang cakap kena buat appointment..berasap abam man kita sekejab tetiba ada prosedur baru lak...sebelum ni just ambik no n tunggu giliran je la..so kami bla pergi Hentian Kajang lak cari tiket balik kampung...gua nak bla dari UPM ni...so dapat la tiket..sekian...(giler nye cite sat je xdan nak felling2 hahah)

Ni baru masuk apa yg nak di story hehhehe...setelah mental koyak, hati rabak semalam dah pulih sepenuhnya bagun tido pagi tadi, ada aura baru..tetiba kan..

Nak minta maaf dulu kat member gua kalau dia baca entry kali ni...kalau ada yang terasa pun aq nak minta maaf gak, ni just pandangan aq bukan untuk menengak benang yg basah...proses pembelajaran generasi Y la katakan mesti ada perkataan (WHY)..maksudnya kita selalu tanya kenapa..kenapa dan kenapa..apa yang aq nak tulis (kalau cakap tak bunyi lak kan) ni mungkin betul dan mungkin salah, korang buatlah pilihan..

Kalau kita tengok artis (yang tayang body) or orang yang tayang aurat depan mata kita, free2x kita dapat dosa..kalau kita tengok cerita kat TV sekarang2 ni rata2x artis semua free hair kalau kita tengok kita dapat dosa..nah tak kan kita nak tengok TV kita pejam mata..dengar suara je..emmm boleh ke..gasak la kan..point aq kat sini, kalau kita tengok sesuatu cerita tu, apa yang kita nak tengok..da yang nak tengok artis, ada yang nak tengok jalan cerita, ada yang nak ambik pengajaran.. so pilih2x la cerita apa yang kita nak tengok kat TV tu agar kita x lalai (semua hiburan melalaikan melainkan niat kita untuk betulkan diri kita..emmm betul ke apa yg aq cakap ni..korang betulkan kalau aq silap ya)

Jadi kita tengok cite tu, kita ambik la pengajaran untuk baiki diri kita..da orang bila tengok kat tv tu dia berubah lebih dekat ngan ALLAH..tu bagus untuk diri dia..aq pun suka baca novel (point yg tiada kaitan kalau dalam karangan siap kena potong markah lagi ni heheheh)..benda tu nak kata melalaikan betul jugak, nak kata bagus..emm aq x berani nak kata huhu baik baca Al-Quran kan...tapi apa yang kita buat tu, jangan kita lalai la..masa kita tengok tv tu, kita dengar azan, tutup la tv tu, pergi solat dulu..solat berjemaah pada 27 pahala dri solat sorang2x byk tu, wirid semua...lepas tu nak sambung tengok cite, gasak p la..ni pandangan aq la, apa yang penting bila aq tengok tv tu, apa yang aq dapat, apa yg boleh aq ambik untuk aq berubah..

Tapi kalau kita ikut fahaman Kant's (etika)-padahal dalam Islam dah lama sebut pasal benda ni hehe ..NIAT TAK MENGHALALKAN CARA..bila kita tengok tv, tengok retis dedah sana sini, kita tetap dapat dosa...so kita kena TAUBAT la..minta ALLAH hapus dosa kita..(tapi ai bukannya tiket untuk kita selalu buat dosa)

Kadang2 aq tertanya2..kita tengok sekeliling kita hari ni, cam mana kita nak hidup dalam dunia ISLAM...nak jalan kat bandar, xkan nak pejam mata, tunduk bawah sebab kiri kanan kita, nah amoiiii pakai seluar cam pakai boxer...p joging, kita ke main pakai seluar panjang..nah ambik ko kat depan tu awek nampak betis sampai ke peha.(berdarah hidung ko)..

Nak jadikan dunia ISLAM kena ada kerajaan ISLAM, nak ada kerajaan ISLAM kena  ada pemerintahan ISLAM, nak ada pemerintahan ISLAM kena ada masyarakat ISLAM, nak ada masyarakat ISLAM kena ada keluarga ISLAM, nak ada keluarga ISLAM kena ada muslim dan muslimin ISLAM...(hasil perkongsian dari kubeng)...So pucuk pangkalnya, kita kena bentuk diri kita jadi orang yang betul2x ISLAM bukan atas nama sahaja.

Tak tau nak kata sekarang ni, sebab ideologi kita dah lama di pesongkan oleh barat sebenarnya..nilai ISLAM tu dah pudar..dalam pendidikan misalnya..ISLAM mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan dan ini di tegaskan oleh Hasan Al-Banna kalau baca buku dia...dia ada sebut pasal ni..ni antara cita2 Hasan Al-Banna..Tengok la diri kita sekarang, di mana letak ISLAM dalam diri kita...aq ni x de background islamik pun..sekolah biasa, family biasa2x je, dari kekawan yang ada ilmu lebih dari kita la kita belajar jadi...

teguran tu pahit kita terima, tapi bila kita sendiri, cuba kita fikir apa yang orang tu tegur kita..tengok diri kita balik...untuk jadi lebih baik, salahkan diri kita dulu..hukum diri kita dahulu...(peringatan untuk diri hamba) berhampa patik la lak

p/s: kalau ada apa yang aq tulis ni tak betul mohon respon..agar kita sama2 belajar...nak masuk syurga biarlah kita umat ISLAM beramai2x....

wasalam...


Thursday, April 19, 2012

Keinsafan Diri

Assalamualaikum

Jom kita dengar lagu ni nak check diri kita...
moga dapat menyedarkan kita semua..



Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi


Niat Ikhlas


Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya dapat gak aq jumpa kawan aq ni tuk belajar...belajar apa??..tak pe la biar rahsia..
Kita ni kena sentiasa belajar, belajar baiki diri kita jadi lebih baik...

Dalam kita nak belajar dan mengajar ni perkara yang penting tu niat kita..niat kita mesti ikhlas baru ilmu tu mudah di terima..tanya diri kita, adakah aq ni betul2x ikhlas atau aq nak tunjuk kat orang ni aq ni rajin belajar..nak tunjuk kat orang aq ni banyak ilmu..jika niat kita ni jauh terpesong dari landasan agama kita, cepat2x kita betulkan niat kita..

Kita belajar ni biarlah kerana Allah..

always thinks positive...biar pun hati barak mental koyak...
kuat lah wahai hati ya...gua sayang sama lu...jangan lu buat gua pandang serong pada orang lain...MUHASABA diri kita sentiasa...


Wednesday, April 18, 2012

Alunan Merdu Sharifah Khasif

Assalamualaikum

Alhamdulillah kekeyangan..baru balik dari makan tengah hari dengan member aq kat kedai MAK CIK CANTIK...nama kedai tu bukan mak cik cantik, aq pun x tau nama kedai tu apa p makan je janji makanan sedap kuakuakua...mak cik cantik tu sebab owner kedai tu yang cik yang cantik..tu penarik kedai tu...bukan nak kata mak cik tu cantik penarik, tapi cantik ni menunjukkan kebersihan..kalau dah kita pakai cantik2 mesti la bersihkan...

ok cantik adalah subjektive...ada kata cantik, ada kata biasa2 je..tapi yang penting dapat makan dengan harga murah..kan..kan..kan..


video yg aq nak kongsi ni memang cantik...



Suruh Al-Imran ayat 14-20 by Sharifah Khasif Syed Mohd

jom dengar n kita hayati maksudnya....

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik"
(3:14)

"Katakanlah, 'Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta rida Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya"(3:15)

"(Yaitu) orang-orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka"" (3:16)

"(Juga) orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar" (3:17)

"Allah menyatakan bahwa tidak ada tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana" (3:18)

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa ingkar terhadap ayat-aayt Allah, maka sungguh Allah sangat cepat perhitungan-Nya" (3:19)

"Kemudian jika mereka membantah engkau (Muhammad) katakanlah, "Aku berserah diri kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang yang buta huruf, "Sudahkah kamu masuk Islam?" Jika meraka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling, maka kewajibanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-NYa" (3:20).

Jika ada tersalah dalam terjemah ayat ni, mohon beritau...

Monday, April 16, 2012

Kenapa orang lain bukan kita??

Assalamualaikum

Aq tertarik dengan statement yang dibawa oleh member aq ni. Katanya "kenapa kita selalu nampak orang lain"..kalau korang tak percaya try korang tanya soalan ni

"sapa orang Islam"

Jawapan dia mesti cam ni kan...

orang Islam ni, orang yang sembahyang, buat benda baik, mengaji Al-Quran..bla..bla...

"sapa orang Malaysia"


orang Malaysia ni orang yang dapat kerakyatan Malaysia la kan..

kalau korang perhatikan jawapan yang biasa kita berikan tu, kita nampak orang lain je..kenapa kita cakap yang "orang lain" tu adalah kita??..

bila aq dengar kawan aq cakap cam tu, aq pun terfikir..emmm(sambil angguk kepala)..a'a kan kita selalu je beri gambaran orang lain padahal kita ni orang Islam, kita ni orang Malaysai..kita selalu lupa pada diri kita padahal diri kita adalah contoh yang terdekat..

xtau la kot..kot aq je selalu beri jawapan cam tu agagagagag...

cakap pasal diri kita ni kan (tetiba nak ubah topik)..kalau sesuatu masalah berlaku yang melibatkan diri kita dan orang2 sekeliling kita or persekitaran kita, selalunya kita akan salahkan orang lain kan...
secara logik nya, sapa nak salahkan diri sendiri kan..

tapi kenapa kita x salahkan diri kita dulu baru kita salahkan orang lain??? adakah sebab kita no ego?? adakah kita tak peduli, asal kita dapat salahkan orang lain???

~kalau kita terlibat ngan x-cdent, for sure la kita marahkan, nak-nak kereta yang kita sayang dah remuk kan...berasap kepala..semau orang kita nak marah, semua orang kita nak salahkan..semut lalu depan mata pun kita nak marah (ok tipu lettew)...kita kena kawal marah kita baru kita jadi tenang..so kita boleh fikir dengan rasional..apa2 keputusan yang kita ambik, kita tak akan menyesal lepas tu...

sory kalau apa yang aq tulis ni korang x faham...biasa la kadang2 aq ni syok sendiri bila menulis..aq sorang je faham bila orang baca, entah apa-apa...

sekian..

layan lagu ni dulu...


Sunday, April 15, 2012

Demontrasi Hapus PTPTN kenapa harus begini??

Assalamualikum

Selamat petang semua...
Nak sembang pasal isu PTPTN hari ni...aq ambik PTPTN..banyak weh kena bayar nanti...dalam 4thun aq ambik..berapa ribu la nak kena bayar balik..

Mesti korang dah baca kan pasal Perhimpunan semalam yang di buat oleh mahasiswa untuk mansuh PTPTN..
jujur aq memang sokong benda tu.sebab kalau kita tengok PTPTN ni ada unsur riba...depa anak orang2 kaya memang x kisah pasal benda ni sebab depa banyak duit..kita ni kerja belum tentu dapat ke x..cam mana nak bayar nanti..

Bercakap pasal perhimpunan semalam..usaha mereka aq sokong sangat *ulang ayat atas pa der..tapi 1 je yang buat aq tersentap, ni dia..


 aq kenal sorang dalam picture ni..

kenapa semua ni..kenapa..kenapa..
tolong bagi tau kenapa harus da gambar 2 kat bawah tu...
ayoyooyoyo korang ni budak sekolah rendah ke????

Usaha korang tu memang mulia..kalau benda ni dapat mansuh ramai nasib anak2 melayu dapat terbela..
tapi..adoiii sepoiii betul gambar kat bawah tu..sebab gambar tu, aq rasa baik xyah lah buat demotrasi..kenapa nak letak gambar lepas tu siap ada bunga bagai..nak tunjuk bahawa Najib tu mati (tradisi orang India, kalung bunga untuk orang dah mati)..daripada korang buat cam tu..lebih baik korang buat solat hajat moga Najib tu berubah...*tetiba jadi ustad petang ni..

x de la benda ni memang x rasional langsung..korang belajar tinggi2 tak kan boleh buat cam ni...kadang2 aq terfikir cam mana nanti orang buat kat korang sama cam ni..(minta2 di jauhkan la)..

satu lagi...cam mana kalau korang di ambil tindakan tatatertib dengan tuduhan buat benda yang x rasional cam ni, bukan akibat korang berdemo..cam mana dengan pengajian korang...kalau korang x kisah tak pe la kan..tapi bagaimana dengan parents korang...mesti dia sedih...
(ok aq dah melalut)

aq tertarik ngan pandangan demo aq ni..


Last apa nak cakap..tahniah untuk korang kerana bela nasib Mahasiswa dan yang pasti cara ni memang x betul..niat tak menghalalkan cara itu yang pasti...

Apa yang kita buat tu biarlah Allah yang teratas..kalau kita pegang benda ni..for sure benda2 yang cam ni x kan jadi...fikir2x kan bersama...

p/s: Hasan Al-Bannar pun nak tegakkan kebenaran gak, cara dia ngan cara kita sekarang jauh sekali...


Friday, April 13, 2012

Al-Syahid Hasan Al-Banna

Assalamualaikum..

Hari ni mood terlebih2x rajin untuk mengupdate blog ni...heheheh...

Hari aq da baca buku Al-Syahid Hasan Al-Banna..ala buku yang aq guna untuk posing2x jadi model sambilan tu..x ingat..kalau x ingat klik SINI (padahal nak promote blog..agagaggaga)..Oleh kerana ada permintaan daripada En.Alliff panggilan manja dan mesranya kubeng...kenapa kubeng tu korang kena tanya sendiri..hahah..tak pe la korang x kenal pun sapa dia ni...
Dia mau aq cerita pasal kisah Hasan Al-Banna ni...*sambil garu kepala.. aq ni mana la pandai nak cerita2x ni..kalau ngajar 1+2 -34 x 50 tu boleh la aq ajo, ni nak stroy mory kecut usus perut aq...*hyperbola gilerr ayat..

secara ringkasnya...harap kubeng hang pa faham la ya..

Hasan Al-Banna ni dia ada 6 ke 5 adik beradik (x ingat) tapi dia sulung..yang lain perempuan n yang adik dia yg last sekali lelaki...(betul ke ni..aq pun dah lupa)..tapi for sure dia anak sulung..ayah dia lepasan Universiti Al-Azhar kiranya orang kuat agama gak..memang ayah dia sangat menekankan pasal agama ni...dari kecil dia dapat pendidikan agama dari ayah nya..Hasan Al-Banna ni sangat pandai..umur 9 tahun x silap la dia dah dapat hafal 30 juzud al-Qur'an..bandingkan kita ngan dia..aq 1 juzud pun x dapat hafal lagi..

Hasan Al-Banna ni pun lepas Al-Azhar..dari sekolah rendah lagi dia berpesatuan..USRAH la kan...dia ngan kawan2x dia ni mahu amalkan semangat ISLAM...dari situ dia terjadi la IKHWAN MUSLIMIN secara kecil yg terdiri daripada 6 orang termasuk adiknya sekali..mula2x depa ni berdakwah dekat kedai2x kopi je..kiranya setiap kedai dia ambik masa 15 minit berdakwah..pastu p kedai lain lak..sampai 1 bandar dia berdakwah..gitu sekali semangat dia nak tegakkan ISLAM... 1 lagi kaedah dia yang menarik, bagi aq la..dia kalau peniaga atau orang Mekkah (kalau x silap aq la..kalau salah minta tolong betulkan) x ikut ajaran Islam dia akan tulis surat pada orang tu secara rahsia..so orang tak tua sapa hantar surat tu..sehinggakan pada 1 masa ahli dia tertangkap..di situ orang tau la dia tubuhkan IKHWAN MUSLIMIN..lepas tu ramai la join dia orang...

Hasan Al-Banna di guru..matlamat dia pada waktu pagi dia ajar kat sekolah..waktu malam dia akan ajar parents student dia yang mau tahu pasal Islam...semangat pendidik tu memang 5 bintang la..
(apa yang aq nak ckp lagi ni)

Hasan Al-Banna ni dia berani tegur walaupun orang yang dia tegur tu PEMBESAR secara depan2x..kalau kita sah2x kena masuk penjara 4 tahun hahah...cita2 dia, dia nak HAPUSKAN semua anasir BARAT...
kerana pembesar takut kedudukan depa ni tergugat dia orang cakap Hasan Al-Banna ni pemberontak n IKHWAN MUSLIMIN ni di hapuskan..ramai pengikut di penjara..tapi dia orang tak tangkap Hasan Al-Banna sebab depa x de bukti yg Hasan Al-Banna ni pemberontak..last sekali cara depa..depa bunuh Hasan Al-Banna...

THE END...

hahahahhaaha ang faham x ni kubing???....tak pe nanti aq story bagi ang faham hahahah...

bagi aq la lak kan...apa yang aq dapat bila baca kisah dia ni (sure ko tanya soalan ni kat aq kalau aq story punya)..
bila baca kisah dia ni..aq rasa I WANT LIKE HIM...semangat dia demi ISLAM terlalu kuat...kalau kita p kedai makan..berani ke kita nak p meja orang lain nak bagi tazkirah...paling kurang dapat "HADIAH" dari orang tu..ambik ko penampar sebijik hahahaha....Hasan Al-Banna akan baca 30 juzud 3 hari je..n dia pesan kat sahabat dia suruh baca cam dia 30 juzud dalam masa 3 hari @ 7 hari @ paling kurang pun selepas solat 1 ayat...
Ni lah orang bila Al-Qur'an jadi pegangan hidup n amalan...

p/s: Kubeng nanti aq story aq rasa cam tak membantu je apa yang aq tulis hahhahaha....kbai...

Kenangan (to my MOM)

Assalamualaikum

Salam Jumaat untuk semua musliman dan muslimat...

Selesai sudah aktiviti pagi ni...
Basuh baju hahhah....gelak, gelak gak benda ni penting tau..."dan bersihkanlah pakaianmu" (74:4)..
dalam aq-Qur'an ada di terangkan kepentingan kita bersuci ni (ada perubahan dalam entry aq kali ni siap ada dalil al-Quran lagi) heheheh..

baju x de la banyak sangat..x larat nak basuh pakai tangan wehhh..kalau aq kumpul 1 minggu baju aq tu, mau aq tido sambil basuh baju..penat gilerr kot....

 tengok-tengok sikit je kan baju aq

 ni siap di cuci nya pun...wangi lagi..guna Downy 

 masa sidai baju ni ada orang dok menyanyi kat atas...
hadoiii karok dalam toilet nye pun

ok siap pun...

sebenarnya bukan baju ni yang aq nak cakap kat sini..bukan nak tunjuk aq ni rajin x tak...ok ni pemalas yang amat sebenarnya...*jujur gilerr aq..Jumaat la katakan..

bila masa aq basuh baju ni sampai terbinanya muscle aq ni (koya ada muscle) aq teringat masa kecik dulu-dulu..*nama lagi masa kecik kena mesti la dulu2..haiyaa ini olang BM misti padat D...
zaman kedaifan kami satu family...dulu family aq susah kot..umah kayu, kalau hujan sure la baldi dalam rumah teratur..tadah air, atap rumah bocor..lantai kayu reput..kalau lari for sure la papan tu patah..kalau ingat balik nak nagis rasa..bukan nagis pasal kami ni meskin tapi kepayahan parents aq nak besar kan kami adik beradik dalam kedaifan tu...

seksa air mata bermula..

Dula kami mana mampu nak beli mesin basuh..basuh baju pakai tangan je...bayangkanlah masa tu hanya kakak sulung aq je baru habis belajar, yg no 2 n 3 dok asrama yg lain sekolah biasa..(yg 2 paling kecik sekarang ni x de lagi masa tu)..tiap2 pagi mak aq kena basuh baju guna tangan..bukan 1 helai 2 tapi satu besan yang besar tu...kalau minta korang basuh guna tangan korang sanggup ke...kalau basuh guna mesin basuh pun mesti kena 2 3 kali lah baru siap basuh semua baju tu..masa tu aq kecik lagi kan..sama cam korang...main bendang..mandi sungai..kiranya dalam 1 hari 2 3 helai baju gak la aq pakai..tu baru aq, adik2 aq yang seangkatan dengan aq lagi...hahahaha..kalau bagi aq basuh la..mau tangan aq tercabut...
tapi dengan gigih nya mak aq basuh baju kami...huhuuh terharunya..lepas basuh sidai lak...
hanya weekend je kakak aq ambik port mak aq basuh baju..waktu ni semua kena masuk dapur..huhuhu..kakak aq ni bising sikit buat kerja..waktu dia basuh baju..mula la dok bagi tazkirah pada kami..nak tak nak kena la turun padang sama tolong dia kalau x..emm menanah la telinga ni 1 hari..hehhe...(mati aq kalau my sis baca ni..tapi i love u la sis)

Tu la kan bila dah besar..bila kita jauh ngan mak kita, ayah kita baru kita nampak pegorbanan dia orang..aq cuba bayangkan aq ada kat tempat mak aq..ishhh x mampu la aq nak buat semua tu..basuh baju yg sekecik baldi tu pun aq dah merugut huhhuhu...Ni la orang kata hikmah menjadi seorang ibu..Syurga di bawah tapak kaki ibu..

Alhamdulillah lah sekarang kehidupan kami dah berubah...kakak2x pun dah kerja semua..n this time to  balas jasa ayah n mak aq lak..

In deep my heart, I LOVE U..ROHANI AWANG n ABDULLAH MUHAMAD...
ok dah banjir dah ni..
x sabar nak balik huhuhu..miss them so much...
Last sekali congratulation to my sis..dapat baby baru yg ke-5...aktive sungguh sorang ni hahahha...n to all my sister, make our mom is idol, she the best mom in the world,. n jadilah ibu, ummi, mama yang terbaik untuk anak-anak buah ku...
kepada bakal pegantin, balik ni kita p shopping ya hahahaha...don't be sad..
BIG FAMILY...LOVE YOU ALL
+
 gambar ni kena tambah 2 orang lagi hehhhhe

+

p/s: aq mengaku karangan aq hancus kali ni huhuhu...

Thursday, April 12, 2012

Aktiviti Cuti Sem Terakhir di UPM

Assalamualaikum

Malam ni nak post buah tangan masa orang cuti sem balik kampung..aq cuti sem terdampar di UPM tercentak ni...hadoiii sangat suka nye pun..

x mau byk cite..kita tengok la mana yang berkenan di hati.


 waaa tekun gilerr baca..pandai hang belakon no hamihemo

 punya la lama nak snap picture ni...
tapi thanks to bro Que (sila lawat blog dia)...

 nasib baik x nampak rambut uban aq hahah


 sedihnya gambar ni..
aq rasa cam aq ni orang x betul lak

 tunggu orang istimewa x sampai2..
kalau korang nak dating kat sini boleh la...
sure x terus insaf getteww
sebab ni depan jalan utama..so korang akan diperhatikan setiap orang yang lalu
kahkahkah..
*xsegan ambik gambar masa ni sebab x de orang

tempat ni baru je siap masa konvo tahun lepas..
moga2 tempat ni bertambah cantik lepas ni
time aq konvo lak hahha
insyallah bulan 10 ni lepas raya...



 like this picture..
ayu gettew..

 x tahan baca buku ni
Buku ni tajuk dia Al-Syahid Hasan Al-Banna..
best gilerr buku ni..
terpegun bila baca buku ni..
kalau jumpa kat kedai buku ni mau rembat la satu

 zzzz penat baca buku kan...
the best picture..
habis gatal 1 badan

Menjeling2 ku bertentang...
mata kita saling memandang..
bercakap, bertanya dan bermesra
***** (ok lupa lak lirik lagu ni)

lepas je berguling2 ala2x hindustan..lompat cam orang x cukup sifat...kami merempit lak p KFC..ingat kan da offer..tapi aq da tengok iklan kat tv..KFC buat offer untuk dinner dari kul 6 petang - 9 malam..tapi bila p tak de la pulak nye pun...

ok itu sahaja buat kali ini..
cau lu...selamat malam... 
wasalam

Friday, April 6, 2012

Muhasabah


Assalamualikum

Jom kita berfikir sekejab..cuba kita fikir apa yang dah kita buat selama kita hidup kat dunia ni...Dari zaman kanak-kanak kita tak tau apa2x..main je kerja kita..masuk bendang..mandi sungai..x de dihimpit dengan masalah dunia..masalah hati..masalah perasaan..indah kan..

Bila remaja kita belajar..banyak faktor kita belajar..kerana cita-cita kita..kerana ibu bapa..kerana family..kerana kawan2x..apa yang kita lakukan pada masa tu..untuk berjaya kita belajar bersungguh2x..dan cikgu2 bersungguh2x mengajar kita..sebab dia tau kita nak belajar dan berjaya..

Bila kita dewasa..mata kita celik..hati kita terbuka..tengok dunia luar dengan mata hati..terbit keinsafan pada diri kita..mungkin zaman remaja kita berlalu dengan dunia remaja yang keseronokan bercinta, berkawan..tapi bila kita dewasa kita tengok dunia luar..peperangan, kehancuran, kebuluran..dan kita tau ini adalah kuasa Allah..pada masa yang sama kita bersyukur kerana negara kita masih lagi aman..tak perlu kita nak pegang pistol kawal rumah kita 24jam..

Dengan kesedaran yang ada pada kita itu..kita mahu mengajak orang kearah kebaikan..apa yang termampu kita buat..tapi persoalan di sini..Adakah kita betul2x lakukannya?? Adakah betul kita buat tu kerana Allah?? Atau kita buat tu kerana keadaan sekeliling kita??

Kita ada skill melukis..ada kawan kita mahu belajar melukis..kita tau kalau kita usaha lukisan kita akan cantik walaupun kita tak ada bakat asalkan kita usaha mau belajar..Setiap kali jumpa kita, kawan kita akan bawa kertas lukisan dan pensil..dalam proses melukis itu, kawan kita rasa lukisan yang dia lukis itu tak cantik seperti mana lukisan kita..dan pada satu ketika dia rasa putus asa..mungkin dia rasa, ni bukan jalan dia..tapi kita rasa dia boleh..asalkan belajar dan jangan putus asa..Tapi persoalannya apa yang kita lakukan untuk kawan kita seperti ini..Atau bagi kita "tak pe la nanti dia nak belajar balik dia datang la cari aq"..atau kita berasa penat melayan karenah kawan kita ini..

Cuba kita fikir kalau diri kita berada di tempat kawan kita..di saat kita rasa putus ada..apa yang kita mau..itu yag perlu kita selami..apa yang kawan kita rasa itu kadang2 bagi kita hal remah..tapi bagi kawan kita itu ia bagi impek yang besar..Adat orang mau belajar mesti dia akan tanya kita bila masa kita free, dia mau belajar, tapi bila sekali sekala kita yang bertanyakan dia "jom esok kita belajar" mesti kawan kita tu lebih semangat kan...

kadang-kadang kita tak nampak kenapa ada orang sering putus ada walaupun untuk belajar di jalan Allah..apa yang aq tulis kar sini, apa yang pernah rasa..bila kita nak sesuatu kita usaha..pada waktu kita rasa semangat gilerr ada perasaan down...kalau kita nak belajar mesti la kita selalu bertanyakan kawan kita kan..tanya itu..ini..di situ..di sini..tapi bila aq fikir balik n kalau aq kat tempat kawan aq ni..aq rasa aq ni cam terdesak sangat..ya la selalu mesej..dan itu kadang2 buat aq down nak bertemu dia..sebab kadang2 kita x sedar ada yang kita buat..


Tuesday, April 3, 2012

Tugas Kita


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak update ini blog..bukan sibuk mana nye pun..entah nafsu untuk mengupdate nya ngak ada..tapi pagi ni rasa nak lak jari2 ni menari2 atas keyboard ni hahahah...kita cakap pasal benda ilmiah kali ni boleh??? tp aq ni x de lah pandai sangat dalam benda ni..just apa yg aq nak buat ni apa yg aq mampu...n it is story

Kawan: Apa tugas kita kat dunia ni??
Aq: Belajar, solat, buat ibadah.buat dosa
Kawan: Tahu tak khalifah tu apa??
Aq: Pemimpin..satu sistem pemerintahan mungkin *teringat masa sekolah dulu belajar sistem pemerintahan Islam
Kawan: Oooo..sapa tu pemimpin...Raja, Ketua Menteri..Perdana Menteri..
Aq: Memang la kat Malaysia ni dia lah yg menjadi pemimpin..
Kawan: Kalau aku kata yg kita ni khalifah..kita pemimpin..cam mana...setuju
Aq: Ok..
Kawan: Berbalik pada soalan tadi..apa tugas kita kat dunia ni??
Aq:.......*mata berkelib-kelib
Kawan: Kalau aku cakap tugas kita ni ada dua...beribadah dan menjadi pemimpin..
Aq:..............*diam je
Kawan: Apa tugas khalifah ni..apa tugas kita sebagai pemimpin..tak semestinya dalam pemerintahan je..pemimpin ni kita ajak orang lain buat baik
Aq: Layak kita aq ni menjadi pemimpin?? nak jadi pemimpin ni kena ada ilmu
Kawan: Mung naik kereta ngan kawan..mung tau kat depan tu ada lubang..mung nak bagitau ke tak kat kawan mung tu da lubang kat depan tu???
Aq: Mesti la kita bagitau..
Kawan: Kita nak ajak orang buat baik ni bukan sahaja dari percakapan, dari perbuat kita, penampilan kita..kalau orang tertarik dan berubah kerana dia tengok kita, cara kita..itu dah jadi dakwah kat dia..

Apa yang aq nak cakap kat sini..bila kita rasa diri kita ni x cukup ilmu..x layak nak tegur orang.. rasa cam diri kita teruk..buat la sekadar yg kita mampu...kita nak berdakwah kena ada Ilmu (bagi aq la)..tak kan kita nak bagi tau arah jalan bila orang bertanya kat kita sedangkan kita tak tau pun tempat tu kat mana.....
Kita buat la apa yg kita mampu..apa yg kita tahu sebab Ilmu Allah ni banyak kalau kita belajar tak akan habis..Cara kita bercakap..kita berpakian boleh jadi dakwah pada orang lain...

Kadang2 persekitaran yang membuatkan seseorang itu berubah...dan ramai yang nak berubah sebenarnya tapi tak tau cam mana..x de orang ajak pun dia kearah kebaikan..

ok dah melalut entah kemana dah ni..apa yang aq nak bagitau tugas kita ada dua..beribadat pada Allah dan menjadi Khalifah..ingat la kata2 ni "selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah"(http://farahinlee.blogspot.com/2010/09/aku-lim-dan-islam.html)

*sory la entah pe2 yg aq tulis ni sebenarnya hahahah...memang x de bakat betul kalau bab menulis ni..kbai
Wasalam...