Followers

Jutawan Muda

Friday, May 21, 2010

Teruknya kali ni

Assalamualaikum semau..

Selamat pagi Malaysia, selamat pagi dunia, selamat pagi kewanan..ishh banyaknya selamat pagi...pagi kebendanya dah tengahhari ni..matahari dah terpacak kat atas kepala..huhu.

huhuh entry sebelum aq balik umah sat lagi..sempat lagi ni on line..orang dah berkemas tu..hehh..
Satu lagi kekonfiusan dalam benak, jiwa raga bakul desin aq ni...time2 cam ni mesti la da kena buat pilihan..yang ni aq x suka..

mesti aq x cite lagi kan kat semua..aha ni dia..

Wanita yang cantik manis molek ni kak.mas huhuuu..dalam board MTM kita orang dia la yang paling bising senyap..emm senyap ke..x la senyap bisu x cakap..da la time2 dia gelak terkejut beruk semua orang huhuhuh
opppss sory kak.mas..
Wanita cantik ni dah nak kahwin huhu 29 Mei 2010..alhamdulillah..moga kak.mas berbahagia hingga akhir hayat..huhuh..Lepas ni x boleh la nak kacau kak.mas lagi cam dulu2..Berbalik pada tapik kita yee..orang kat back to basic..hhuhu..dok tengah fikir ni nak p x umah kak.mas..Sorang2 aq tanya pasal plan nak p umah kak.mas ni semua cakap x tau la.aq x pasti la.mak aq x kasi..emmm..
Aq pun pening gak tapi aq rasa nak p walaupun poket kosong dapat beli tiket pergi balik pun jadi la hahaha..doakan moga kita orang dapat datang umah kak.mas

Ishh pe sebenarnya aq nak cakap ni dah pening melalut2 ke luat dah semau ayat aq..Korang buat2 faham la yee..heeh

Anyway..kak.mas tunggu kedatangan kita orang..Semoga berbahagia huhuuu..Bye semua da masa kita jumpa lagi..lepas ni rindu giler nak update blog..Sasau aq kat umah nanti x dapat nak berblog..huhu

p/s: Cik botox,Dr.radz mesti korang marahkan klu budak ni x dapat pergi
huhhu...
beng...beng..beng..
kena la ko klu x datang
heheeh

Thursday, May 20, 2010

Jiwang habis


Assalamualaikum..


nak kongsi lagu ni ngan korang semua..x tau la bila dengar sekali lagu ni terus melekat...huuhu..
nak jiwang sikit sebelum balik umah dan x dapat la nak berblog lagi..x tau bila lagi boleh berblog...huuu..penuh makna lagu ni bagi aq...tak de la saja je huhuh..enjoy ye..

saja join



" hhmmm...saya follow "Kurasakan Something" kerana.............
sebuah blog yang jujur, penuh krisma, simple tapi penuh makna. Membuatkan pembaca tersenyum bila membacanya. Motivasinya membuatkan saya juga bersemangat.."



p/s: maaf Abg eQ slogan x menarik..huhuh..hope blog ni terus go on..heheh

Wednesday, May 19, 2010

Kongsi bersama

hahah ni kat PMD
orang lain study kita orang bergambar..
Que gaya mengoda

Trip to BTN
puding dengan gaya ala2 bollywood


sekali tengok pic ni ala2 dok oversee lak..
hahaah

on the way blik..

Enjoy..ni masa habis paper hari tu...


cik.botox ngah wak pe tu??
x habis dok belek hp dia

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Assalamualaikum

Pagi ni x tau la tetiba rajin nak buat entry kat en.ben ni terjah blog yang entah pe2 ni..bukan pe saja je nak cari ramai kenalan..nak baca kisah semua orang..opsss jadi cam mak cik kepoh lak nanti huhuu...

Org panggail diri ni mijea..nama samaran dari dulu sampai sekarang x pernah berubah..pernah gak nak tukar tapi berbulu telinga bila orng lain panggil dengan nama baru tu huhuhuhu..saya ni masih study kat UPM masuk ni sem 3 da satu tahun lagi..Insyallah kuar ni jadi cikgu..amin mudah-mudahan..baru je berjinak dalam bidang berblog ni sebenarnya.rasanya x sampai lagi setahun..eemmm ye ke hhehehe..masih belajar nak buat entry yang menarik huhuh..kadang2 jelous gak baca blog orang best rasanya..ramai la dah follow orang cuma orang yang x follow blog ni..anyway tak kisah sebenarnya..asalkan dapat ramai kenalan berblog tu dah cukup bahagia..

Blog ni sebenarnya berkaitan dengan hidup saya,pahit manis mengenai kehidupan seorang remaja yang penuh dengan konflik hidup..huhuhu..biasa la tu kan ada masalah baru lah hidup ada warna warninya..heee..

Cam mana satu tahu segment ni..emm dulu saya terjah blog2 orang pastu saya tertarik ngan blog Ben Ashaari lepas tu saya follow termasuk la facebook en.ben..
So hope en.Ben dapat terjah blog saya ni hahahaah

Tuesday, May 18, 2010

..Sekadar hajat..=p

Assalamualaikum.. Selamat petang semua walaupun hari dah malam ni..huuhu

Aq tak tau nak buat pe  malam ni..jadi aq buat keputusan nak buat entry cikit pasal matlamat aq untuk sem depan la..bukan pe pun ni bajet tuk sem depan..hhhuhu..entah jadi ke x ni..

1. Aq nak buat lesen moto lu sem depan..nak buat masa cuti ni poket kering lak..buat lesen dalam Rm 400 secara kasar la ni huhhuhu
2. Beli xternal hard disc..dah servay harga aq nak beli yang under Rm 300 jee
3. Kasut futsal huh yang penting sekali bagi aq dalam Rm 150 jee tapi lagi murah lagi bagus..nak buat main petang2 kat kolej jee..
 ##jadi  jumlah keseluruhannya ialah Rm 850.00 huhuh..Rm 150 simpan tuk ambik lesen kete sem satu lagi lak..huhuh..
duit selebihnya terpaska la aq berjimat tuk satu sem tu..
Penat juga tu bila fikir balik..

tapi matlamat aq yang aq nak pastikan aq betul2 buat ialah aq nak tingkatkan gred aq..Insyallah tapi aq x pasti la sem depan aq rasa subjek aq berat la gak..banyak yang nak kena baca dan ingat..Aq lemah sikit bab nak baca2 ni..buka 2 muka surat nota ke mana aq ke mana huhuh.. tapi aq akan cuba yang terbaik..

Matlamat aq juga aq nak hidupkan sekretariat aq..aq nak tinggalkan kenangan lama aq..aq nak mulakan yang baru dengan semangat yang baru bersama orang baru..Tapi kuat ke aq..huhuh..lemah rasanya jiwa ni bila ingatkan benda ni..

Besar harapan diorang tapi kecil rasanya semangat aq ni..Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba mu ni..Tanguggjawab yang aq ambil ni harus aq pikul walaupun aq dapat rasakan dugaan yang berat menanti di hadapan..Komitmen aq, aq rasakan bagaikan ombak.. da pasang dan surutnya..tapi tu la aq mudah lemah dengan dugaan..tewas dalam diam bangkit bagai kanak-kanak yang baru belajar bertatih..Kuat ke aq..Teguh ke semangat aq..X cemburu ke aq dengan mereka yang bersuka ria dikala aq sibuk nanti..huhuhhu semua tu bermain dalam kotak fikiran aq..selagi da yang menyokong dan memahani selagi tu aq rasa, aq dapat bertahan..tapi betul ke ni..atau sekadar penguat semangat aq sahaja..

Emm malas aq nak fikir...biar Maha Pencipta yang mengaturnya tapi aq ingat lagi kata2 En Syaiful masa kem BTN hari tu "Kita tidak boleh mengubah sejarah, tapi kita boleh mengubah masa depan"..Berusaha ke arah yang lebih baik adalah lebih baik daripada sekadar hajat untuk berubah tanpa membuat apa2...betul3x..
You can do it MIJEA hhuhu...

Assalamualaikum..Selamat pagi Malaysia..opss masih pagi ke ni..hehehe

Hari ni baru je habis baca novel Sepupuku Suamiku..tu la kerjanya cuti2 ni dah x tau nak buat p lagi..nak kerja aq rasa tu yang aq akan pertimbangkan...Nak konsi la cikit tentang novel tu..saya bagi 4 bintang huhu..kisah percintaan dan rumahtangga antara sepupu iaitu Diana aka Nana dan Hisyam aka Syam huhuh..banyak konflik dalam novel ni..kisah pencintaan yang romantis membuatkan aq pun turut hanyut dalam novel ni..bahagia rasanya ika aq pun dapat mengecap cint seindah itu..huhuh angan2 boleh la kot huhuhu...

Halangan yang menimpa mereka menguguhkan lagi tembok cinta mereka, mengikat kemas kasih sayang antara mereka..Sapa2 yang berminat baca la novel ni x syok jika org lain cerita kan..

Ok la entry pagi ni pendek jee huhhuu..nak p mandi lu.. Salam satu Malaysia


Monday, May 17, 2010

SeLamat HAri Guru

Assalamualaikum

Al-fatihah untuk bonda seorang sahabat Saudara Uthman yang telah kembali kerahmatullah pada hari ini tanggal 17 Mei 2010. Semoga saudara tabah menghadapi dugaan dan ketentuan Ilahi ni. Saya percaya saudara seorang yang amat kuat dan tabah orangnya.. Alleh lebih sayangkan bonda saudara.. Semoga roh bonda ditempatkan dalam kalangan orang ang beriman hendaknya amin..

Semalam tanggal 16 Mei 2010 merupakan HARI GURU..pada kesempatan ini aq nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 kat Malaysia, kepada Bakal Guru cam aq dan budak math ni huhhuu terutamanya kepada semua guru yang mengajar aq masa sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Alor Bakat, Sekolah Menegah Kebangsaan Melor dan kat Matrikulasi, Kolej Mara Kulim..Semoga jasa guru dan sumbang bakti guruku ini akan mendapat ganjaran kelak amin..

Huhuhuh berkaitan dengan masa persekolahan aq dulu masa sekolah rendah aq ni eorang yang aktif, bukan aktif pe aq aktif ponteng sekolah dan aktif x buat homework hehehe..kenangan yang memang memalukan aq jika diingatkan kembali...aq start ponteng sekolah masa aq pra-sekolah lagi..dahsyatnya..aq ni malas giler nak p sekolah klu p pun aq balik awal..aq ingat lagi masa aq pra-sekolah dulu kakak aq bekerja kat kantin sekolah aq so aq guna kesempatan ni untuk aq pulang awal..da satu hari tu aq menangis kat kantin tu nak balik..semua orang tengok cikgu-cikgu kat sekolah tu geleng kepala tengok aq hehehhe teruk giler aq dulu... Masa aq darjah satu pun aq kuat ponteng gak.. ponteng kelas Fardu'ain petang hehhe...sehinggakan cikgu dah aim aq kat kelas tu..nasib baik la mak ayah aq x kenal panggil kat Guru Besar sekolah.. naik darjah 2 aktiviti aq ponteng sekolah dah x de yang jadi pada masa tu pulak aktif x buat kerja sekolah hahahhaah...

Pernah satu hari kena denda kutif sampah sekitar sekolah sehingga penuh beg sampah warna hitam tu..Licin sekolah pada masa tu aq kerjakan...Sampah2 dalam tong pun aq masukkan dalam plastik aq heheeh..penat weh kena denda masa tu..x serik lagi..cam2 aq kena kena tulis "SAYA JANJI SAYA AKAN BUAT KERJA SEKOLAH" 100x kena hantar  kat cikgu pagi2 buta sebelum kelas mula akibat x buat kerja sekolah..Heheh yang tu aq buat lak...

Naik sekolah menegah aktiviti ni aq kurang, aq jadi budak baik budak paling senyap kat sekolah..huhuh aq x tau nape alam baru kot..jumpa orang yang x pernah aq jumpa..tapi perangai giler2 ju kadang2 da gak..pastu de alasan x bawa buku la..sorok dalam tandas la masa nak hantar buka huhuh... nasib baik la aq ni jadi orang gak walaupun perangai aq ni teruk... hhuuh kenangan..

I LOVE YOU CIKGU...nama-nama cikgu yang masih aq ingat

Sekolah rendah
Cikgu Hasnah-Cikgu Math..wooo paling garang kat sekolah ni tau..semua budak takut kat dia..tapi bila kena cara kelakar giler cikgu ni..
Cikgu Rogayah-Cikgu Bi..baik cuma aq je sengal bak english ni
Cikgu Rohana- Cikgu Sains..aq suka lepak umah dia cozs anak dia sama kelas ngan aq..p main2 jee bukan p study ehhehe
Cikgu Razman-Emm Cikgu Math klu x cilap aq la..banyak teka-teki cikgu ni..boleh buka kelas tuk belajar keka-teki lak haha
Cikgu Tengku-Cikgu BM..Cikgu puan tapi otai heheh ganas weh cikgu ni naik kate cam Formula1
Cikgu Salina-Cikgu English..nice cikgu ni..kecik tuannya tapi suara wooo
Cikgu Zarina-Cikgu Agama-Garang...
dan cikgu2 lain x ingat nama tapi memori bersama cikgu masih lagi dalam ingatan

Sekolah menegah
Cikgu Aziz-Cikgu Math n Add Math..kerana cikgu ni la aq minat math walaupun dulu aq ni bahlul cikit bab kira2 hehhe
Cikgu Kamaruddin-Cikgu Fizik n Add Math..sempoi giler cikgu ni tapi sekali dia kuar ayat dia menyegat tiga hari terasa lagi dengan ayat dia bab kenakan orang 1st class..heheh
Cikgu Akma-Cikgu Fizik..CIkgu ni suka megandung hehehe..opptss tak de lah dah rezeki dia..cikgu ni garang gak tapi boleh buat lawak lagi la ngan dia kat dalam kelas dia..x suka tension2 katanya..masih lagi mengajar kat SMK Melor..ngajar adik aq lak huhuhu..
Cikgu Fatimah- Cikgu BM..aq ingat lagi masa test bulan aq buat karangan siap kena perli lagi ni nak buat karangan ke buat novel 4 helai kot kertas aq guna buat karangan masa tu orang lain 3 helai jee.. nasib baik markah aq x kena potong..
Cikgu Ali-Cikgu Kimia..bab markah cikgu ni straight sikit..bab kata dia apa yang awak buat tu awak dapat..

penat la nak tulis semua cikgu2 ni ramai sangat huhu..Ok la Pada semua cikgu yang pernah mengajar diri ni secara nyata ataupun tidak saya doakan agar cikgu bahagia dan dimurahkan rezeki..Jasa cikgu akan saya ingat seumur hidup saya..amin.
 Ok la nak cau lu badan dah bau wangi sangat ni huhuh

p/s: Kepada semua bakal cikgu mesti tabah sebab budak zaman IT ni lain cam kita dulu yang suka main lumpur hehhe...mijea semoga jadi cikgu yang baik nanti..opss dapat ke aq

Thursday, May 13, 2010

MIR

Assalamualikum

Al-Fathah... Tanggal 12 Mei 2010 seorang sahabat saya telah pergi ke rahmatullah buat selama-lamanya Arwah saudara Muhammad Amiruddin Suhaini..Ya Allah sedihnya tak dapat aq tanggungung..Setiap kali teringatkan arwah air mata ni inginmenitis tapi aq kuat semangat..

Teringgat lagi pada mula2 aq masuk UPM..Aq tiada kawan hanya arwah dan mirul jee kawan aq..Kita orang rapat..bilik dialah tempat aq lepak dulu..Ingat lagi pada hujung minggu lepak kat bilik Abg Pua...Arwah,aq ngan Abg Pau tengok movie cerita hantu..habis satu badan aq arwah pukul bila ada part terkejut...pastu kita orang gelak2 kan dia...

Tapi kini aq tak akan dapat rasakan pukulan tu....

Sakit mir kau pukul aq time tu...tapi tak sesakit berita yang kau berrikan pada aq semalam...
Sedih mir bila kita terpaksa balik kampung cuti sem..tapi tak sedih hati ni mir..terlalu berat untuk aq menerima berita yang kau kirimkan ini mir..
Rindu kita pada Abg Pua...tapi tak serindu aq pada kau mir yang pergi meninggalkan kita orang ini dalam kejutan yang teramat sangant...

Mir aq doakan agar kau temang disana dan di tempatkan dalam kalangan orang beriman...Maafkan aq semalam kerana tidak dapat menahan air mata ini daripada turun kepipi melihat kubur kau mir yang masih basah mir..Maafkan aq kerana tidak sempat untuk mencium pipi kau mir sebelum kau kesana mir..Aq betul2 sedih mir kau tinggalkan kita orang begitu sahaja..Betullah orang kata ajal maut ditangan Allah..
Aq baru ingan nak pergi Jasin..dan semalam hajat aq tercapai mir aq jejakkan kaki di Jasin..Tapi mir bukan beginiaq ingin disambut mir..Saat aq melangkah di tanah perkuburan tempat kau bersemadi kaki aq ni lemah mir..tapi aq kuatkan juga pergi melihat tempat baru kau mir..

Maaf mir iar mata ini ingin menitis lagi..aq tak pinta mir..
kini aq tak dapat untuk bergelak ketawa ngan kau lagi mir..
aq tak kan dapat mendengar lagi saura kau menyanyi dalam bilik mandi mir..
aq tak akan dapat mendengar kau panggil aq untuk tukar duit syiling lagi mir..
kini tiada lagi deruman moto chopper kau mir..
Aq rindulkan itu semua mir..

Mir akan aq ingat semua kenangan kita bersama..akan aq jadikan memori kita bersama sebagai memori terindah..semoga kau tenang disana mir..

Maafkan aq mir..Aq halalkan semua mir yang tersurat atau tyersirat mir




Friday, May 7, 2010

Teluk Batik + Pulau Segadah = Pulau Pangkor + enjoy


ni la dia Pulau Segadah..cantik wooo..
air dia biru,hijau, putih 
semua da hheheh

 ni masa hari last minum pagi..
pe lagi sesi fotografi la..
awat rambut aq turun..
nampak skima la

Yang tengak tu press kita org..
yang hujung baju hitam tu Acap junior cikgu Math
menyelam dalam pasir..hahaa
ubat untuk penyakit kulit
nanti boleh cuba
hehe
muka2 terbakaq main pantai..

ni abg Bill nama glomor dia...
masih single...
periang, suka gelak..
sesiapa berminat bolah ambik borang di kaunter 7 
tarikh tutup permohonan pada
12/12/12
dah tua bangka la abg bill kita ni nak dapat buah hati nanti..
opss tahu kat dia mati aq..

ni geng Kolej 14..
walaupun 3 hari baru kenal rasa macam dah lama kenal..
very heppening


ni begambar dengan En.Saiful
orangnya yang angkat tangan cam penjenayah tu
heheheh..
tapi dah beristeri..
banyak pengalaman dan pengetahuan..
suka bercerita orangnya..
senang tuk didekati..

macam2 gaya da

ni otw balik Teluk Batik..
sempat posing atas Tokan ni..
bab2 posing semua laju jee

atlet terbang Pulau Segadah
cantik pic ni..
cam nak buat video clip lak hahah

Saja je

Assalamualaikum

Salam satu Malaysia...sakit belakang x hilang lagi ni..masih rasa lagi alunan ombak..kenangan kat Pulau Pangkor..heeheh..

Hari ni tetiba jee nak cerita pasal soal hati..tapi bukan aq punya la orang lain punya tapi dari pemerhatian aq yang tak seberapa jelas ni...sometime aq rasa jelous gak kat dapo ni yang asyik berkepik..Alangkah indahnya klu aq pun dapat cari makwe (opss sedarlah wehh muka tu x handsome~dah tahu dah pun)..ni kisah si *** (ishhh mana boleh bagi tau nanti kontai lak)..dulu2 orang dua2 ni dah da makwe dan pakwe tetapi tak bertahan opsss terlebih sudah..aq tak tau ribut taufan pe yang boleh buat diorang break..pastu dia orang digosipkan bersama dan dari pemerhatian aq masa kem BTN tu aq rasa la dia orang ni macam deman bercinta @ berada dalam percutian bercinta..hahaaha...

pantang ada masa luang cikit dok la dua2 tu tapi masih da lagi member kat tepi2 tu...Ishh korang ni jangan fikir bukan2 lak tak baik tau..pe2 pun aq doakan agar mereka ni berbahagia..

Soal perasaan ni bagi aq biar masa tentukan, da jodoh aq terima tapi still lagi kita kena usaha untuk mendapatkannya..Allah dah sediakan depan mata kita cuma kita yang kena usaha mendapatkannya..Kakak aq pun ad rekeman adik kawan dia kat aq..Opsss tidak5x main2 je la..
tapi kadang2 best gak ada buah hati ni boleh la manja2 cikit(gedik punya orang).. dah3x tak nak citer pasal cinta cintun ni..

Tak sabar rasanya nak p Sabah esok naik belon..tapi aq punya baju nak pakai kat sana tertinggal tak tau abg aq dapat hantar x malam ni..dah la semalam kena marah huhu cakap lambat kat dia aq dia jee buat2 bodah pekak badak hahahah...petang ni nak p fakulti tanya pasal projek huhu...

Teluk Segadah

Assalamualaikum...

Dah lama x berblog huhuu..maklumlah baru habis final paper pastu balik umah 2 hari jee..pastu da kem Bina Tata Negara (BTN) kat Pulau Pangkor..Best gilerr p sana sebab ni firsat time kot dapat p Pulau Pangkor..Aq pergi kat Pulau Segadah (klu x silap la). Kem tu 3 hari jee.. banyak pengisian yang tersirat..

kat sana tu tidak seperti tempat2 lain I mean that, tempat tu bukan cam pulau lain laa.. Air dia YA ALLAH jernih gilerr... Klu menyelam tu dapat tengok dasar laut..cantik...

Boleh dikatakan da je masa lapang antara slot dalam kem tu aq habiskan berenang ikan buntal dalam laut tu..dari pagi, tegahari,petang dalam air jee..hahahaa.. berenang2 ramai2.. Aq ni pandai berenang, x la pandai sangat tapi untuk berenang selamatkan diri sendiri tu boleh la..hahhah...

Aaahh baru ingat da 1 kisah nak citer ni masa kem tu..ni hari kedua lepas je solat subuh jalan2 kat tepi pantai..best sejuk gilerrr udara nyaman,,desiran ombok memukul pantai melarikan pasir mengasyikan...lepas tu dalam kul 7 da la satu idea menarik..kita orang nak main kayak..ombak tu x da besar..bersiap2 tuk main...aq ngan Presiden naik satu kayak, pastu DR.RADZ ngan Jan satu kayak..Pusing2 la kita orang main sambil bergelak ketawa dgn riang ria hari raya nya..hahahhha(gelak besar)...sambil tengok panorama dasar laut asyik gilerrr...pastu aq rasa something wrong kat kayak aq ni..sengit semacam..pastu aq nak la naik darat..dalam proses pemusingan bot tu tetiba jee aq rasa kayak aq ni dah tak seimbang kami jatuh..lepas aq jatuh tu nak p betulkan balik kayak tu nak naik tapi aq tengok kayak tu tinggal kepala je dan x sampai 3 saat kayak tu tenggelam..kelam kabut kita orang..cuak pun ada gak..

Aq pun panggil la Kubeng n Dr.Radz datang minta tolong..cam mana nak tarik kayak tu naik daratan..susuh wooo...penat pun da nak berenang lagi..Alih2 cakap kat Abg Saiful (Org besar kat sana la).. dia panggil anak buah dia datang tolong dan aq pun naik sebab dah nak kul 8 slot pagi tu kul 8.30..Alhamdulillah kayak tu selamat tiba di daratan hahahaa...

x puas hati lagi ni x dapat berkayak lama2 pagi tu..petang tu kayak lagi nasib baik kayak tu dah dibetulakan..best giler..puas sangat..tengok Ciptaan Tuhan..kagum gilerr...Pastu p snowkling tengok terumbu karang..seriously cantik..tengok ikan kat dalam laut tu..cam x nak naik jee nak tengok benda tu..
Alih2 muka aq na dah sunburn..muka aq yang gelap ni semakin gelap hahaah... tak pe la asalkan aq puas hati main pantai..jarang kot dapat mian benda tu..p pantai pun jarang sekali...

Lusa ni nak pergi SABAH lak..cam main2 cuti2 Malaysia lak..hahaha

p/s: nanti masukkan gambar sekarang gambar kat dalam kamera kawan hahahaha..tunggu tau