Followers

Jutawan Muda

Wednesday, March 31, 2010

Belah dan Bahagi

30/3/2010 hari Selasa, hari yang ku rasakan **** aku tidak tau nak ungkapkannya, Semua ada sedih,confius,takut jiwa ku ku rasakankan kosong. Sering kali ku fikir "betulku keputusan ku ini" aku dalam dilema.. Sanggupkah aku memikul tanggungjawab ini lagi.. Ya Allah aku tidak terdaya rasanya. Hati ku berbelah bagi hati kecilku berkata "ala lepaskanya jee..habis cerita,,nanti bebas dari tanggungjawab" hati satu lagi berkata "kenangan dengan mereka amat indah dan mereka mungkin memerlukan sokongan dari ku".. Aku menjadi muram.. Mungkin da orang perasan aku tidak seceria sperti malam-malam sebelumnya yang sentiasa penuh dengan gelak tawa ku, da sahaja mereka diusik oleh jenaka ku..

Malam ini ke perlukan seseorang untuk meluahkannya..Tapi siapa?? Aku kegelisahan..ingin menangis tapi air mata ini bagaikan disekat, ingin aku menjerit tapi mulutku bagiakan disumbat dengan kain.. Aku tidak terdaya lagi..

Aku terlena dalam kegelisahan, tiada siapa yang menemani ku malam ini untuk mendengar regetan hati ini..Kegelisahan hati ini menjadi penemanku pada hari ini.. Aku tiada tahu hendak menguruskan hati ini.. Handak ku buang perasaan ini tapi ia seperti petir, datang secara tiba-tiba dan mengejutkan aku membuatkan aku dalam kegelisahan lagi..

 Aku berharap agar muncul seseorang yang dapat mendengar luahkan ini dan meleraikan simpulan yang bermain di jiwa ku ini.. Ku tidak terdaya untuk berdiri lagi.

Friday, March 26, 2010

KOSONG (0)

Semangat ku lumpuh bila ku dapat sekepig kertas tadi. Pagi yang penuh semangat ku menjadi suram. entah di mana silapnya. Ya pastinya silap itu datang dari aku. Aku tidak pasti ini yang ke berapa kali ia berlaku dan pastinya terus berlaku dan berlaku. Saat aku menatap kertas tersebut aku kaku membatu. Aku tidak mendengar apa-apa lagi. Bilik tersebut kurasakan kosong, putih tidak berdinding tidak tahu dimana hujungnya. Itukah jalan hidupku? Aku tidak tahu dimana untuk mengapai supaya aku tidak terus berada dalam bilik putih tersebut entah dimanakah pintunya,dindingnya semuanya putih.


Air mata ku tidak sabar untuk melihat titisanya. tapi ku tahan sehabis daya supaya aku tidak kalah dengan perasaanku sendiri. Aku terdiam, tanganku kaku tidak bergerak, pandangan ku kosong ku rasakan dunia ini ingin menghukumku di atas kesalahanku. Ya Allah memang adil ke atas semua umatnya. Ini takdirku yang terpaksa aku terima. Hati ku memang pilu tuk menerimanya.

Tak kala melihat mereka gembira menerima kertas yang sama dengan senyuman yang membuatkan hati ku bertambah perit. Batinku menangis kesedihan, zahirku kaku tampak keegoan. Ego lu pada mereka yang melihat aku terpaku. Ingin sahaja ku lari dari situ meninggalkan mereka yang tersenyum tapi akal ku menolak tanda hormat kepada mereka.

Ku tutup kelemahanku dengan senyuman yang dipaksa. sumbing senyumanku menampakkan lagi kekecewaanku.. Tidak tertahan sudah hati ku berada di situ, badan ku pusing kaki ku terus melangkah meninggalkan mereka. Hati ini tidak terubat sudah rasanya. Bila ku renungkan lagi, bagaimana reaksi mereka-mereka nanti ingin melihat ku berubah. Janji-janji yang ku tabur umpama sebelum ini menjadi benih yang tidak bertunas. Tidak akan ada pucuk-pucuk kegembiraan mereka nanti, kuntum-kuntum seyuman akan patah dek nasib ku ini.

Masihkah ada gerimis untuk benih ini bercambah kembali yang memberikan sinar harapan kepada ku?
Ingin ku mengharapkanya tapi aku takut, takut harapanku ini membunuh aku yang di dalam keparahan dek gurisan tinta di atas kertas tadi berulang lagi. Aku tidak kuat,tidak kuat untuk menatap calitan tinta itu lagi di hari muka. Masihakah ada ruang di hati ini untuk menerimanya.. Masihkah ada semangatku untuk ku terus berdiri jika ku mendapat kepingan kertas itu lagi.
Ohh aku tidak sanggup..Sungguh aku tidak sanggup untuk melihatnya lagi. Bukan aku seorang yang tersiksa melihatnya tapi mereka di sana yang menantiku dengan senyuman juga merana jika tanganku membawa kertas ini pulang bersama.

Apakah nasib ku ini terus begini? Akankah ada penghujungnya? Warna warni dalam mengejar impian ku kurasakan semakin pudar. Pudar dengan kesilapan, kebodohan aku sendiri. Tiada guna kau menangis kedengaran suara-suara sayup bergema. Suara yang meruntuhkan hatiku lagi. Telahku janji pada diri ini untuk membuatkan diri ini tersenyum tapi hari ini janjiku umpama sembilu yang meningkam diriku sendiri. Peritnya tidak dapat ku tanggung.

Akan ku kautkan hati ini untuk berpaut di dahan yang rapuh ini agar tidak aku tersungkur menampakkan luka yang tercalar ini. Dahan yang hanya menunggu masa menyembah bumi. Wahai hati tabahlah engkau agar aku terus berdiri dan membuatkan diri ini tersenyum untuk mereka yang sentiasa menunggu ku di sana.

Friday, March 19, 2010

BeRAni!!! CubA Laaa

Hari ni saya nak main masak-masak..tajuk entry tu mesti la gempak kan heheh...Khas untuk kakak ku~Roslawati RBA~ nama nak gempak jee..OPpss mengumpat lak hehehehe...
Jom cuba masakan ni..PUDING ROTI...

Bahannya
1 bandal roti di ambik satu bungkul dan di asingkan 8-9 keping jee
6 biji telur~ayam~telur puyuh x mau
1 tin susu cair..janganlak susu pekat di masukkan air panas nak jadikan susu cair nanti x jadi lak
heeheh
1 cawan gula lebih pun ok..sapa nak manis la..
1 penutup asen vanilla,
2 susu majerin...

caranya lak..
mula2 buka radio dan kita karaoke..ohh tidak nanti hangus puding tu..

rendam roti dalam air dan tos kan dan sepak ke tepi..hehehe cam mian futsal lak..
time ni sapa yang sakit hati boleh la buat..
pukul sekuat hati telur + gula +susu cair + asen vanilla sehingga naik semangkuk..emm betul la tu kot

panaskan aven dalam 150'c

sapukan loyang dengan majerin dan masukan bahan yang di pukul tadi..masukkan roti yang di tos dengan mencarikkannya kepada bahagian2 yang kecil..
ketulkan mentega di atas adunan tadi dan masukkan ke dalam pembakar..
biarkan selama 50 minit - 1 jam dan ssejukkan..

selamat mencuba kalu x jadi jangan marahkan saya hehehe..
faham2 je la ni mesti x pandai masak hahahaah


PeSanan Untuk Diri KU

Ibu , mama, mak, umi dan mummy………

Panggilan yang sangat mengujakan dan amat dinantikan oleh seorang wanita yang telah berumah tangga. Saban malam aku berdoa moga dikurniakan cahaya mata yang bakal menjadi penyeri dalam hidupku.

Alhamdulillah, tapak tangan kutadahkan memanjat kesyukuran setelah aku disahkan hamil selepas 2 tahun aku bergelar isteri. Sesungguhnya kurniaan ini merupakan satu yang amat bernilai buat diriku dan suami tercinta.

Namun , timbul tanda tanya dalam benak fikiranku……….. ‘samada ianya suatu perjalanan yang jauh ?......... perkara ini selalu menjadi dilema bagi setiap ibu kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal dilalui dan perlu dilaksakan.
Kedengaran suara lain berkata ‘ ya, ianya satu perjalanan yang jauh , perjalanan yang menutut pengorbanan dan kesabaran..

Kesabaranku diuji ..... diuji pada peringkat awal kehamilanku lagi,dokctor mengesahkan aku menghidap penyakit anemia, iaitu aku kekurangan darah. Doktor menasihati aku supaya tidak banyak bergerak kerana berkemungkinan untuk aku keguguran sangat tinggi.

Nauzubillah ….. aku tidak sanggup memikirkan perkara tersebut kerana ianya satu tamparan yang sangat hebat buat diriku.

Aku kurang bermaya,dan tidak dapat bergerak kesana kesini sepertimana ibu hamil yang lain………….. tetapi suamiku selalu memberi kata-kata semangat buat diriku……….


Yana , abang yakin yana akan malahirkan srikandi yang akan enjadi penyeri dalam hidup kita...


Pada saat akhir kehamilanku, aku mula tidak selesa……… perutku semakin membesar, dan pergerakan ku terbatas.... tidurku tidak lena, kerana memikirkan terdapat satu jasad yang bakal menjadi Qurratu a’ yun iaitu yang akan menjadi penyejuk mata buatku dan membuatkan aku tesenyum.

Ya A llah aku bersyukur aku akan mendapat cahaya mata tidak lama lagi.

Aku berasa sangat bahagia………. anak yang aku kandung selama 9 bulan telah selamat dilahirkan…… anak ini ku beri nama Abdullah Khairi yang bermaksud hamba Allah yang baik. Dengan harapan anak ini akan menjadi seorang anak yang soleh……….amin .

Aku memulakan perjalanan dengan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada bayi kecilku. Segala keperluanya aku penuhi walaupun aku perlu berkorban kehendak dan keinginanku sendiri. Tapi apa yang penting bagiku adalah anakkku keperluan yang mencukupi

Betullallah apa yang selalu kita dengarar ibu terlalu sayang kepada kita hingga tidak dibiarkan seekor nyamuk hinggap di pipinya.


Apa yang paling membahagiakann hidupku adalah perkataan keramat pertama yang keluar dari anak comelku iaitu kalimah ” ibu”


Saat itu air mataku menitis dan bersyukur atas segala kurniaan Allah.


Siang berganti malam, hari berganti hari,dan tahun berganti tahun, kini anakkku telah meningkat dewasa.

Aku dapat rasakan jurang antara hidupku dengan anakku semakin jauh,. Jika dahulu, anakku akan selalu meinta aku masakkan makanan kegemarannya.

Mak buatkan mee untuk abang,abang laparlah mak...

Namun kini dia lebih suka makan KFc atau Mc donald. Masakan tangan ibunya kini telah dilupakannya.

Jika dahulu masa lapangnya dihabiskan dengan membantuku dirumah tapi sekarang dia lebih suka lepak bersama kawan- kawannnya.


Jika dulu, dia lebih suka memakai pakaian yang sederhana tetapi sekarang dia lebih suka bergaya- gaya atau mendedahkan aurat disana sini.


Bila ku tengur ditengkinya aku, alah mak ni tak spotinglah....


Kini anakku telah berjaya, menjadi seorang pegawai bank yang terkenal di Kuala Lumpur. Aku kini keseoarangan. Kerinduanku terhadapnya menggunung tinggi,

Anakku......... pulanglah nak, ibu merinduiku, ibumu sekarang bukan lagi sihat seperti dahulu, hanya meniti masa untuk menyambut seruan ilahi


Anakku, pulanglah................

p/s:~ bukan air mata yang ingin ku tadah di sini cuma ingatlah kita kepada mereka yang telah membesarkan kita.. Betapa peritnya penderitaan yang mereka tanggung untuk membesarkan kita..
Berdoa lah kita untuk mereka supaya diberi kesejahteraan keatasnya di dunia dan akhirat..
 
Jasa mereka tidak ternilai..~JASA BONDA~
 
 

Monday, March 15, 2010

SekaDAr PerIndu KepAda MeRekA

Sesungguhnya diri ni hanya insan biasa yang hanya mampu tersenyum bila hati gemira, sedih bila hati berduka. Tapi ingin ku tutup kedukaan itu dengan selimut senyuman ku agar semua orang tenang di sampingku. tapi selimut ku ini tidak setebal yang ku sangkakan,, Apabila angin petang yang bertiup meyenangkan sesetengah orang telah meyingkap selimutku ini dan diri ku ini tidak dapat menutup kesedihan itu.. Tapi ingin ku tenangkan diri ini setenang air di kolah yang beralun mengikut tiupan angin ini.. Akan ku hiasi kedukaan ini dengan senyuman semalam, mimpi2 indah bersama mereka yang menguntum senyum bersama ku di kala waktu duka ku hilang di bawa camar yang terbang bebas di angkasa raya.. 

Sememangnya diri ku ini lemah dalam menempuh dugaanMu.. Diri ini sentiasa tewas dalam kedukaan..Diri ini sering kali melukakan hati MEREKA..Hati yang mengharapkan dapat melihat ku berjaya, hati yang sentiasa mendoakan kejayaanku, hati yang ingin melihat ku tersenyum di kemudian hari.. 

Tapi diri ini
*


*


*
Sentiasa tewas.. 

Ingin ku tangisi kedukaan ini yang telah melukakan hati MEREKA..Tapi diri ini sentiasa melukakan hati MEREKA..

Maafkan diri ini jika diri ini melukakan hati MEREKA buat yang entah ke berapa..Percaya lah diri ini tidak berniat untuk melukakan hati MEREKA..

~~~FAMILY KU TERCINTA~~~kegagalan sentiada menjadi peneman diri ini walaupun jauhr diri ini lari dan sembunyi darinya..MAAFKAN DIRI INI YANG TELAH BANYAK MELUKAKAN HATI MEREKA.. 

 hati2 MEREKA yang sentiada dalam jiwaku


Saturday, March 13, 2010

BerSaLahnYa Aku

Asalamualaikum

Hari ni 13 March 2010, Sabtu jam 12.30 tengahari. Aku baru balik dari kelas ceklempong..Dalam kelas tadi En.Zul cerita tentang kisah kemalamgan dia kita orang dengar dengan khusuknya..Habis cerita pasal En.Zul. Aku mesej Dia tanya dah makan belum, dia cakap belum dia nak kirim..Ok la kunci moto da lagi ngan aq so aku pakai helmet nak jadi cam ADnAN Sempit la koNoN..aq pun merempit p fc.. Order makanan pastu cau.. OTW balik aku dah rasa cam x boleh nak imbang badan ni rasa cam berat sebelah,,pastu aku lalu kat jalan berbatu tanpa sempat aq berkelib mata moto aq naik terbalik..
Ya Allah aq cepat2 angkat moto..Harusla ni bukan moto aq..TAKUT, CUAK, BERSALAH campur aduk.cam mana aq nak cakap kat DIA..x nak cakap nanti dia tahu gak..Aq pun hantar mesej..Dia cakap tak pe la benda dan jadi. Tapi aq tahu dia memang MARAH, SEDIH sebab moto dia calar..

HUHUHU aq rasa salah sangat1000000x... Lepas ni x nak dah pinjam moto dia..
malu aq kat dia...nak jumpa pun segan.

p/s:Ambil la pengajaran daripada cerita orang lain (@-@)

Friday, March 12, 2010

HasRat HAti

Assalamualaikum.

baiknya aq hari ni biasanya buka je blog mai redah jee nak tulis pe..heheehe..
Hari ni hari yang ok la bagi aq..
pagi tadi tengok citer ADNAN SEMPIT ngan OtaiSempoi sampai kul 4 lebih pastu aq syahid sampai kul 6.45..siap2 pa kelas..

pastu pinjam kate LOKMAN p Astakan Seni ambik barang tapi malangnya bukan BUNGA PAHAR yang aq ambik tapi hati yang baran aqi rembat..da ka patut aq dah tempah benda tu seminggu alih2 nak ambik pagi tadi tak de..aq memang panas giler..

Petang aq kuar ngan CIK BOTOQS beli barang.. aq beli .... tuk diner nanti..nak tau tunggu la hujung minggu ni hehee...aq balik awal tinggal Cik Botoqs ngan En MAGGIE tengok wanyang..aq nak balik awal ingat nak main futsal tapi sayang sekali PANAS KU SANGKA SAMPAI KE PETANG RUPA-RUPANYA HUJANG DI TENGAH HARI...ohhh tidak hasrat ku x kesampian
Your signature ID: 54488-103-2B61C1AC59DC534B5B2D5502286BCEF9
Your signature ID: 54488-103-2B61C1AC59DC534B5B2D5502286BCEF9

Thursday, March 11, 2010

Minggu Yang meMbuNuh

HuhHuu..
Ayat mula2 aq nak luahkan dalam post kali ni.. Mengapa la minggu ni wujud..very the penat giler..semua benda nak kena buat pada minggu ni..mari kita tengok tentatif pada minggu ini yang membuat aq x dapat tidur malam

10/3/2010-Test 2 Aljabar moden
11/3/2010-Test 2 PRT
12/3/2010-Ambil barang kat Astaka Seni
                -Kena siapkan tag MMG
14/3/2010-Test MGM
                -Dinner Kolej MMG
15/3/2010-Test 2 Analisis Vector
                -Hantar Proposol Individu MTH3901
16/3/2010-Test 2 Analisis Berangka..

Tengok la..rasa nak bernafas pun x sempat..aq x tau nak kejar mana satu dulu..semua datang menghempap aq..rasa cam x tertanggung..Batu yang sebesar2 alam yang jatuh kat aq pun x seperit in aq rasa..
pening2..Tolong la..huhuh..Tak pe la aq nak sedapkan hati aq ni kita tengok tag nama aq buat dengan ilham yang da pada Que maka tercipta la..

Que dengan saya yang tersendiri


tak tau nak buat gaya pe..heheh

cam cicakman dok melekat lak..
tak tau nak pilih yang mana satu..
yang atas ke yang ni..
emmm..da cadangan x ?????

cik adila yang tersenyum simpul..
sebebarnya dia x suka gambar ni..
x de tangan katanya dan muncul la

mesti dia suka dengan tag ni
harap2 la 
hhhuhuhu

Aq suka gambar ni
cam ala2 nak promote citer
box office laa..
da daya tarikan dengan mata yang besar
walaupun sebenarnya mata kubeng ni sepet je
hahaah