Followers

Jutawan Muda

Friday, March 19, 2010

PeSanan Untuk Diri KU

Ibu , mama, mak, umi dan mummy………

Panggilan yang sangat mengujakan dan amat dinantikan oleh seorang wanita yang telah berumah tangga. Saban malam aku berdoa moga dikurniakan cahaya mata yang bakal menjadi penyeri dalam hidupku.

Alhamdulillah, tapak tangan kutadahkan memanjat kesyukuran setelah aku disahkan hamil selepas 2 tahun aku bergelar isteri. Sesungguhnya kurniaan ini merupakan satu yang amat bernilai buat diriku dan suami tercinta.

Namun , timbul tanda tanya dalam benak fikiranku……….. ‘samada ianya suatu perjalanan yang jauh ?......... perkara ini selalu menjadi dilema bagi setiap ibu kerana memikirkan tanggungjawab yang bakal dilalui dan perlu dilaksakan.
Kedengaran suara lain berkata ‘ ya, ianya satu perjalanan yang jauh , perjalanan yang menutut pengorbanan dan kesabaran..

Kesabaranku diuji ..... diuji pada peringkat awal kehamilanku lagi,dokctor mengesahkan aku menghidap penyakit anemia, iaitu aku kekurangan darah. Doktor menasihati aku supaya tidak banyak bergerak kerana berkemungkinan untuk aku keguguran sangat tinggi.

Nauzubillah ….. aku tidak sanggup memikirkan perkara tersebut kerana ianya satu tamparan yang sangat hebat buat diriku.

Aku kurang bermaya,dan tidak dapat bergerak kesana kesini sepertimana ibu hamil yang lain………….. tetapi suamiku selalu memberi kata-kata semangat buat diriku……….


Yana , abang yakin yana akan malahirkan srikandi yang akan enjadi penyeri dalam hidup kita...


Pada saat akhir kehamilanku, aku mula tidak selesa……… perutku semakin membesar, dan pergerakan ku terbatas.... tidurku tidak lena, kerana memikirkan terdapat satu jasad yang bakal menjadi Qurratu a’ yun iaitu yang akan menjadi penyejuk mata buatku dan membuatkan aku tesenyum.

Ya A llah aku bersyukur aku akan mendapat cahaya mata tidak lama lagi.

Aku berasa sangat bahagia………. anak yang aku kandung selama 9 bulan telah selamat dilahirkan…… anak ini ku beri nama Abdullah Khairi yang bermaksud hamba Allah yang baik. Dengan harapan anak ini akan menjadi seorang anak yang soleh……….amin .

Aku memulakan perjalanan dengan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada bayi kecilku. Segala keperluanya aku penuhi walaupun aku perlu berkorban kehendak dan keinginanku sendiri. Tapi apa yang penting bagiku adalah anakkku keperluan yang mencukupi

Betullallah apa yang selalu kita dengarar ibu terlalu sayang kepada kita hingga tidak dibiarkan seekor nyamuk hinggap di pipinya.


Apa yang paling membahagiakann hidupku adalah perkataan keramat pertama yang keluar dari anak comelku iaitu kalimah ” ibu”


Saat itu air mataku menitis dan bersyukur atas segala kurniaan Allah.


Siang berganti malam, hari berganti hari,dan tahun berganti tahun, kini anakkku telah meningkat dewasa.

Aku dapat rasakan jurang antara hidupku dengan anakku semakin jauh,. Jika dahulu, anakku akan selalu meinta aku masakkan makanan kegemarannya.

Mak buatkan mee untuk abang,abang laparlah mak...

Namun kini dia lebih suka makan KFc atau Mc donald. Masakan tangan ibunya kini telah dilupakannya.

Jika dahulu masa lapangnya dihabiskan dengan membantuku dirumah tapi sekarang dia lebih suka lepak bersama kawan- kawannnya.


Jika dulu, dia lebih suka memakai pakaian yang sederhana tetapi sekarang dia lebih suka bergaya- gaya atau mendedahkan aurat disana sini.


Bila ku tengur ditengkinya aku, alah mak ni tak spotinglah....


Kini anakku telah berjaya, menjadi seorang pegawai bank yang terkenal di Kuala Lumpur. Aku kini keseoarangan. Kerinduanku terhadapnya menggunung tinggi,

Anakku......... pulanglah nak, ibu merinduiku, ibumu sekarang bukan lagi sihat seperti dahulu, hanya meniti masa untuk menyambut seruan ilahi


Anakku, pulanglah................

p/s:~ bukan air mata yang ingin ku tadah di sini cuma ingatlah kita kepada mereka yang telah membesarkan kita.. Betapa peritnya penderitaan yang mereka tanggung untuk membesarkan kita..
Berdoa lah kita untuk mereka supaya diberi kesejahteraan keatasnya di dunia dan akhirat..
 
Jasa mereka tidak ternilai..~JASA BONDA~
 
 

2 comments:

QERY HASAN said...

teringat kat ibu!!!

hamihemo said...

sama la..hati ni kalu boleh nak balik hari ni gak
huhuhu