Followers

Jutawan Muda

Saturday, June 12, 2010

“Kejutan tak di duga”

Assamualaikum...

"huhu sebenarnya masa ni dalam mood sedih...tengok resul hancur sooo...x tau nak buat pe nak tenangkan hati ni..jadi aq reka la satu cerita yang tah apa2 ni tuk hibur hati aq huhuu"



“Iklas ke abang terima diri Ina?..sanggup ke abang terima kekuarang diri Ina ni?..Jujur ke abang pada diri Ina ni?..Abang..dengar tak apa Ina cakap ni..Ina tak sanggup lagi kehilangan diri abang..Hanya abang yang Ina saying tiada kedua dari saat Ina bertemu abang hingga ke hari ni..”Ina terduduk, air jernih di tubir mata menunggu saat untuk jatuh ke pipi yang dahulunya gabu sekarang cengkung..


Aiman melihat Ina dengan pandangan yang tajam. Matanya dikecilkan menahan marah yang menyala di hati. “Kau ingat aku tak nampak ke apa yang kau buat kat belakang aq. Bukan main manja lagi kau dengan si Haris tu” teringat peristiwa Ina bersama Haris di taman dua hari lepas membuatkan marah Aiman membuak-buak hingga ke kepala. “Memang dulu aku saying kau tau kau buat aku separti tunggal kat rumah ni. Aku pun ada perasaan, ada hati. Siapa pe yang sanggup tengok orang yang dia saying bermain cinta di belakang dia..Cuba kau jawab”. Di tinggikan suara kepada Ina..

“Abang Ina minta maaf abang, Ina dengan Haris hanya kawan. Haris jumpa Ina hanya untuk mengucapkan tahniah kerana Ina dapat naik pangkat itu je. Haris jumpa Ina untuk ucap selamat tinggal dia dapat tawaran sambung belajar kat Jepun.” Air mata kini menitis di pipi ni seperti empang yang pecah. Dia tahu Aiman tersalah faham dengan kehadiran Haris tempoh hari. “Abang Ina tiada apa-apa hubungan dengan Haris. Kami hanya kawan. Abang percaya lah. Ina berani bersumapah” dengan tangisan yang bersisa Ina mengangkat tangan kiri seperti orang membuat ikhra janji.


Aiman tersenyum sinis melihat tingkah Ina. “ Aku tak percaya la dengan semua tu. Kau bersumpah pun aku tak akan percaya. Aku tengok sendiri apa yang kau buat kat taman hari tu”. Aiman memusingkan badanya membelakangi Ina. “Ya Allah abang, percaya la cakap Ina, Ina tidak melakukan perkara yang melanggar syariat. Ina masih ingat batas sebagai orang Islam dan seorang isteri”. Ina masih mencuba memujuk Aiman yang keni marahnya tidak dapat dibendung. Dia mesti member tahu tentang kedudukan perkara sebenar jika tidak mahligainya bersama Aiman yang dibina selama satu tahun ini mungkin roboh. Pasti ayahnya menyalahkanya. Malu keluarganya dengan jiran tetangga nanti.

“Kalau abang tidak percaya dengan Ina abang telefon Haris, Tanya dia perkara sebenar”. Ini menghulurkan telefon nokia N-70nya kepada Aiman. Aiman memcapai telefon tersebut dan membalingnya ke dinding. Berkecai telefon tersebuat.Baterinya terpelanting hingga ke kaki Aiman. “Aku tidak percaya korang berdua.” Jerkah Aiman lalu pergi meninggalkan Ina yang masih terkejut dengan tindakan Aiman tadi. Ina baru perasan suaminya pergi. “Abang jangan tinggalkan Ina. Abang Ina minta minta maaf jika Ina buat silap, abang”. Dalam esakan yang semakin kuat Ina memanggil suaminya. Tapi Aiman terus melangkah pergi tanpa mepedulikan esakan Ina. Haris Hilang di balik pintu dan kemudain bunyi kereta meluncur pergi. Ina terus menangis tidak tahu untuk membuat apa-apa saat itu, otaknya gagal berfungsi. Dia rasakan dunianya sudah gelap. Cahaya kebahagiannya bersama Aiman kini pudar dan kelam. Masih ada lagikah cahaya itu untuknya. Dapatkah dia menumpuh hari-hari yang mendatang ni tanpa Aiman disisi yang sentiasa memberi sokongan. Ina rasakan sebelah dirinya hilang dengan pemergian Aiman disisinya.


Ina buntu untuk membuat apa-apa. Hendak cari Aiman dia tidak tahu kemana Aiman pergi. “Ina mesti cari abang”. Ina tekad dia memgagahi dirinya untuk bagun. Sebelah tangannya berpaut pada pasu bunga di tepi tangga. Panggg… bunyi pasu bunya pecah. Serpihanya bergolek jatuh hingga ke lantai tingkat bawah. “Ya Allah..” Ina terasa dirinya ringan melayang dan Ina tidak sedarkan diri. Ada cecair merah mengalir keluar melalui hidung dan kepalanya..
Bersambung…..







p/s cerita ini rekaan semata-mata..


Ini cerita pertama yang aq reka seumur hidup aq hahahaha..


Kebosanan aq dirumah menyebabkan hati aq terdetik untuk mereka2 cerita dan malam aq yang kebosanan menambah lagi kegilaan aq untuk menulis cerita ni..


Semoga terhibur..segala komen diterima hhihih


enjoy

4 comments:

cik botoX said...

adik..best2...
cepat sambung...
nak baca...=)

Kanda said...

haruske permulaan cerita dah berdarah-darah? hehe..good try.. penuh dramatic and emosional... keep it up.. boleh join PRESTIJ ni.. =)

P/s: Not only you got bad result..
me too...

mCsh0rtY~ said...

hey..you got a tag ;p

toru said...

mije..ap tajuk cite ko ni...