Followers

Jutawan Muda

Saturday, February 1, 2014

ComeBack Insyallah

Assalamualaikum...

bersawang dah blog ni, lama dah x mengupdate ahahhaah....
Alhamdulillah my life is better than before,
new friends, new place,
walaupun kenangan lalu selalu mengikut rapat di belakang...

rindu kat kekawan masa study dulu...
Que, zu, mimi, dila, bibot, apih, shah, radzi, mughti, mirul...
Semoga Allah bersama dia orang...dan semua orang berbahagia dengan hidup dia orang sekarang..

~Angin sampaikan rindu aku pada mereka~



Sunday, April 7, 2013

Gelodak Jiwa

Jom di dinding pukul 1.30pm... di luar azan berkumandang dari Masjid berhampiran. Oh dah masuk waktu ni.

"Mad ko nak pergi masjid" tanya Faizal
"tak pe ko pergi dulu la" jawab Mad

dalam perjalanan Faizal tertanya kenapa Mad tidak mahu pergi ke Masjid bersama dia. Oh ini mainan hati tapi apakan daya dirinya manusia yang lemah, tewas dengan bisikan syaitan.

Faizal tertanya2x kenapa harus ada perasaan kecewa dalam hatinya. Kecewa kerana sahabatnya itu lebih gemar pergi ke Masjid berasingan darinya. Adakah dirinya itu tidak layak untuk mengajak kawannya pergi ke Masjid. Faizal menduga kerana dirinya ini banyak dosa, tidak setanding kawannya, Mad yang sentiasa basah lidahnya dengan ayat Al-Quran, yang sentiasa sujud di tikar sejadah. Mungkin ini bayaran yang harus dibayar di atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan.

Inikah hukum alam, orang yang alim tidak mahu berkawan dengan orang yang punyai banyak dosa..

Ya Allah itu hanya bisikan syaitan yang suka menghasut kedalam dada manusia

"Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan-Nya manusia. Raja manusia, Sembahan manusia. dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia, dari (golongan ) jin dan manusia" 144:1-6

Syaitan akan bersorak sekiranya kita dengar bisikannya. Selalu muhasabah diri, itulah yang sebaik-baiknya..

Setibanya di Masjid Faizal bersujud kepada yang Maha Esa, dan segala perangsangka itu hilang. Barulah dia sedar dengan mendekatkan diri pada Allah, syaitan akan takut

Terima Kasih Sahabat

Allah-hu-Akhbar, Sami-Allah huliman hamidah....

aku mencari hpku, keypad aku tekan, 4.00am terpancar di skrin hp. Awal lagi ni, belum pukul 6.00 lagi..tapi kenapa ada orang sembahyang..aku termenung sejenak, menghayati alunan suara sahabat solat.. Sahabatku solat sunat di malam hari (Qiamulai)..

Dikala itu hati ku bertanya pada diri sendiri bila waktu terakhir aku bersujud pada yang Esa di tengah malam..masih ingatkah aku untuk melakukannya.. Ya Allah sungguh lalai dan alpa diri ini mengejar dunia sehingga nama-Mu tertimbus di dalam hati ini.

Jauh sungguh aku terdapar dalam kenikmatan dunia sehingga lalai pada-Nya. Hinanya diri ini, layakkah diri aku ini memohon ampun pada-Mu..

Bismillahhirahmannirahim.....

Alunan suara sahabat menyedarkan aku dari lena yang aku ciptakan..Ya Allah, inikah hikmat di sebalik aku berada di rumah ini.. Sungguh besar nikmat yang Engkau berikan padaku.. Sudah lama diri aku ini dalam kejahilan, tapi malam ini, Engkau menghadirkan perasaan betapa kedilnya aku di bumi Mu ini..Astagfirullahhalazim aku beristigfar..

Assalamualikum warahmatullah..
sahabat menamatkan solatnya.. betapa untung dan bertuahnya sahabat aku ini dapat bersujud pada Allah Yang Berkuasa di malam ini. Betapa nikmatnya sahabat aku ini dapat memohon ampun pada Sang Pencipta.. Moga Allah dan Malaikat bersama sahabat dan orang-orang yang alim..

Terima Kasih sahabat mesej di hantar, lalu aku bangkit dari pembaringan, memercikan air ke muka, dengan penuh rendah diri aku melangkah di satu sudut, aku bersujud pada-Nya

Ya Allah ,Ya Tuhanku, Engkau rahmatilah sahabat ku ini, aku bersyukur pada-Mu kerana menghadirkan sahabatku ini dalam hidup. dia telah membangkitkan aku untuk bersujud pada-Mu.
Hati ini merintih dengan penuh rendah diri..

TERIMA KASIH SAHABAT walaupun engaku tidak mengetahuinya, tapi kerana engkau, hati ini ingin berubah mencari REDHA ALLAH.. Moga sahabat dapat membimbing aku kejalan yang satu ini, moga sahabat tidak lelah dengan karenah aku ini. semoga sahabat mengampunkan dosa-dosa aku ini kerana hanya aku yang tahu betapa banyaknya dosa aku ini padanya mu sahabat...

Ya Allah Janganlah Engaku Pesongkan Hati Hambamu Ini Setelah Engaku Memberikan Hidayah Padaku. Amin..

Wednesday, April 3, 2013

Jiwa Yang Sakit


Di kala diri terasa begitu jauh dari-Nya, kita menyangka Dia membenci kita..
Ohh itu tidak mungkin sama sekali;

"Kita hanya perlu bergerak selangkah, Allah mendekati kita seribu langkah. Kita hanya perlu berjalan merapati Allah, Allah akan mendekati kita dalam keadaan pantas."

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186).

Tapi jiwa ini kadang-kadang sakit. Hati ini kadang kala terasa kosong, merintih di jalan-Nya, ke mana harus di bawa hati dan jiwa ini, di mana mahu ku pautkan tangan dan kaki ini agar dapat diri ini merawat jiwa yang sakit ini.

Ya kadang-kala diri ini terasa keseorangan menuju jalan yang luas dan lurus, tapi diri ini tidak sedar bahawa di hadapan sana ramai yang menunggu dan menghulurkan tangan menarik diri ini kearah kenikmatan hidup.

Ya yang sihat kadang kala sakit memerlukan penawarnya, rawatlah jiwa yang sakit itu di atas sejadah, hadirlah jiwa yang sakit itu di barisan makmum, serahkanlah jiwa yang sakit itu kepada Ilahi kerana dari Dia lah segala penawar bagi jiwa yang sakit..

p/s: Baiki diri untuk dir sendiri bukan untuk menjadi alim, tetapi untuk melepaskan diri dari lembah Jahiliah.
Radha Allah paling itu, moga jiwa sentiasa di jalan-Nya


Dua Watak Satu Jasad

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan jasad pada tubuh ini, sekian lama tidak bersua di sini. *ayat meremang bulu tengkok..

Hoiii dah lama rasanya x berblog ni, ziarah menziarahi blog pun dah lama x di lakukan..tak sibuk pun cuma jari jemari yang runcing ni tidak mahu menaip...

Dua Watak dalam Satu Jasad..

emm, apa yang bermain di fikiran aq sekarang ini adalah tajuk ini, Dua Watak Dalam Satu Jasad. Mungkin ada yang pernah mengalaminya. Bukan la nak kata kita ni kecelaruan identiti ke x, kat sini apa yang ingin di katakan adalah monoloq dalam diri kita. Kadang2x kita sering bertanya pada diri kita tentang sesuatu masalah dan pada masa yang sama akan terbit dua watak dalam diri kita di mana salah satunya tidak menyokong antara satu sama lain dan di sini terjadinya pergelokan watak dalam diri kita. So yang mana dominan akan menang dalam pergolakan ini dan ini sebenarnya bergantung pada personaliti kita.

Sometime it is good but sometime it will kill your self. *tu dia kemain kuar ayat owang puteh..

Saturday, January 26, 2013

Demi Rm50..



Hampir kul 4 pagi, mata makin layu, pinggang terasa nak patah, punggung kebas *xde lemak la katakan. semata2x nak siapkan kerja yang aq dah janji dengan orang..fuhhh akhirnya siap jugak.horeyyy boleh tidur sampai pagi hingga sampai petang..


Dah la kemarin tido kul 4 jugak, bagun kul 6.30 tidur balik pukul 7. Pastu bagun kul 10. Terus hadap leptop nak siapkan kerja ni.
Tapi petang tu sempat lagi ni pergi MINES hahaha..jalan tetap jalan, kerja letak tepi.
Dapat duit buat kerja ni boleh la makan satay, yam..yam delicious.
dah x larat nak gerak jari jemari yang halus ni. dah nampak bantal dengan selimut je ni...

p/s: sambung belajar balik-bakal menyusul

Wednesday, January 2, 2013

Friday, December 28, 2012

TaK Handsome puN

Assalamualaikum....

lama bertapa weh...
lama buat lemak kat umah ni,..kerja ooo kerja datang la..dah puas jadi penggangur terhormat ni..
hari ni terlebih gatal tangan nak meng'update' blog yang dah x de orang singgah ni...memang lama aq x cuci blog ni.kalau rumah ni memang tikus yang berkuasa la..siap hari bulan dgn ular,cicak, biawak ada kat dala blog ni...

*sambil layan #MAHARAJALAWAKMEGA 
xde nak tulis apa2x sebenarya..saja nak tayang muka yang x berapa nak macho dan laku ni...

 ni gambar aq masa kat Perkhemahan Cuti Sekolah
PERMATApintar, UKM..

 Cam budak sekolah pun ada hahahah



 Ada gaya Iman Muda ke???
*sila muntah

 Alolololo 


Saturday, December 1, 2012

Wednesday, October 24, 2012

test


4 tahun tunggu ambik gambar ni..

Sunday, June 17, 2012

At Pengkalan Balak

Assalamualaikum











Monday, June 11, 2012

Hari Bahagia My Sister

Assalamualaikum

Sekarang aq kat melaka, praktikel menjadi seorang guru dan pendidik.. Everyday rasa takut nak p sekolah..bukan takut penyelia datang..aq tak kisah kalau penyelia bagi aq C ke B..tapi aq takut apa yang aq nak sampaikan tu tak tercapai...bukan senang kita yang baru nak belajar dalam dunia sebenar ni...banyak cabaran dia..malu bertanya sesat jalan..banyak bertanya lain lak jadinya..

Hari ni aq mula mengajar..not bad tapi kalau ada aras ukuran tu..paras aq hampir merah la...hijua entah kemana..kadang selalu gak fikir guru ni dunia aq ke??.. napa aq di takdirkan kat sini...nak patah balik agak mustahil, 4 tahun untuk dapatkan ijazah ni tinggal cuma 2 bulan lebih je lagi...

Insyallah aq akan bertahan..walaupun berat aq rasakan..

nak lupa problem sat..aq nak tunjuk gambar kakak aq kahwin..









Friday, April 20, 2012

Pengajarannya

Assalamualaikum

Salam JUMAAT semua..pagi2x aq dah buat senaman tangan, basuh baju berbaldi2x..kali ni sidai dalam bilik je, sidai kat bawah sat gi hujan, aq lak landing atas katil dok KUCH KUCH HOTA HAI, alamaknya pakai baju basah la aq..hahha...

Ada benda menarik terjadi pagi ni...tadi kul 8 ngah dok syok basuh baju (time dah siap dah cuma nak rendam ngan downy je) si abam(abang) man(semey kosmate gua) datang ajak p scaling gigi..dengan semangat nya ni, aq berus gigi kasih putih bersih bersiri nak jumpa doktor gigi..sampai je kat PKU, dia orang cakap kena buat appointment..berasap abam man kita sekejab tetiba ada prosedur baru lak...sebelum ni just ambik no n tunggu giliran je la..so kami bla pergi Hentian Kajang lak cari tiket balik kampung...gua nak bla dari UPM ni...so dapat la tiket..sekian...(giler nye cite sat je xdan nak felling2 hahah)

Ni baru masuk apa yg nak di story hehhehe...setelah mental koyak, hati rabak semalam dah pulih sepenuhnya bagun tido pagi tadi, ada aura baru..tetiba kan..

Nak minta maaf dulu kat member gua kalau dia baca entry kali ni...kalau ada yang terasa pun aq nak minta maaf gak, ni just pandangan aq bukan untuk menengak benang yg basah...proses pembelajaran generasi Y la katakan mesti ada perkataan (WHY)..maksudnya kita selalu tanya kenapa..kenapa dan kenapa..apa yang aq nak tulis (kalau cakap tak bunyi lak kan) ni mungkin betul dan mungkin salah, korang buatlah pilihan..

Kalau kita tengok artis (yang tayang body) or orang yang tayang aurat depan mata kita, free2x kita dapat dosa..kalau kita tengok cerita kat TV sekarang2 ni rata2x artis semua free hair kalau kita tengok kita dapat dosa..nah tak kan kita nak tengok TV kita pejam mata..dengar suara je..emmm boleh ke..gasak la kan..point aq kat sini, kalau kita tengok sesuatu cerita tu, apa yang kita nak tengok..da yang nak tengok artis, ada yang nak tengok jalan cerita, ada yang nak ambik pengajaran.. so pilih2x la cerita apa yang kita nak tengok kat TV tu agar kita x lalai (semua hiburan melalaikan melainkan niat kita untuk betulkan diri kita..emmm betul ke apa yg aq cakap ni..korang betulkan kalau aq silap ya)

Jadi kita tengok cite tu, kita ambik la pengajaran untuk baiki diri kita..da orang bila tengok kat tv tu dia berubah lebih dekat ngan ALLAH..tu bagus untuk diri dia..aq pun suka baca novel (point yg tiada kaitan kalau dalam karangan siap kena potong markah lagi ni heheheh)..benda tu nak kata melalaikan betul jugak, nak kata bagus..emm aq x berani nak kata huhu baik baca Al-Quran kan...tapi apa yang kita buat tu, jangan kita lalai la..masa kita tengok tv tu, kita dengar azan, tutup la tv tu, pergi solat dulu..solat berjemaah pada 27 pahala dri solat sorang2x byk tu, wirid semua...lepas tu nak sambung tengok cite, gasak p la..ni pandangan aq la, apa yang penting bila aq tengok tv tu, apa yang aq dapat, apa yg boleh aq ambik untuk aq berubah..

Tapi kalau kita ikut fahaman Kant's (etika)-padahal dalam Islam dah lama sebut pasal benda ni hehe ..NIAT TAK MENGHALALKAN CARA..bila kita tengok tv, tengok retis dedah sana sini, kita tetap dapat dosa...so kita kena TAUBAT la..minta ALLAH hapus dosa kita..(tapi ai bukannya tiket untuk kita selalu buat dosa)

Kadang2 aq tertanya2..kita tengok sekeliling kita hari ni, cam mana kita nak hidup dalam dunia ISLAM...nak jalan kat bandar, xkan nak pejam mata, tunduk bawah sebab kiri kanan kita, nah amoiiii pakai seluar cam pakai boxer...p joging, kita ke main pakai seluar panjang..nah ambik ko kat depan tu awek nampak betis sampai ke peha.(berdarah hidung ko)..

Nak jadikan dunia ISLAM kena ada kerajaan ISLAM, nak ada kerajaan ISLAM kena  ada pemerintahan ISLAM, nak ada pemerintahan ISLAM kena ada masyarakat ISLAM, nak ada masyarakat ISLAM kena ada keluarga ISLAM, nak ada keluarga ISLAM kena ada muslim dan muslimin ISLAM...(hasil perkongsian dari kubeng)...So pucuk pangkalnya, kita kena bentuk diri kita jadi orang yang betul2x ISLAM bukan atas nama sahaja.

Tak tau nak kata sekarang ni, sebab ideologi kita dah lama di pesongkan oleh barat sebenarnya..nilai ISLAM tu dah pudar..dalam pendidikan misalnya..ISLAM mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan dan ini di tegaskan oleh Hasan Al-Banna kalau baca buku dia...dia ada sebut pasal ni..ni antara cita2 Hasan Al-Banna..Tengok la diri kita sekarang, di mana letak ISLAM dalam diri kita...aq ni x de background islamik pun..sekolah biasa, family biasa2x je, dari kekawan yang ada ilmu lebih dari kita la kita belajar jadi...

teguran tu pahit kita terima, tapi bila kita sendiri, cuba kita fikir apa yang orang tu tegur kita..tengok diri kita balik...untuk jadi lebih baik, salahkan diri kita dulu..hukum diri kita dahulu...(peringatan untuk diri hamba) berhampa patik la lak

p/s: kalau ada apa yang aq tulis ni tak betul mohon respon..agar kita sama2 belajar...nak masuk syurga biarlah kita umat ISLAM beramai2x....

wasalam...


Thursday, April 19, 2012

Keinsafan Diri

Assalamualaikum

Jom kita dengar lagu ni nak check diri kita...
moga dapat menyedarkan kita semua..



Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi


Niat Ikhlas


Assalamualaikum

Alhamdulillah akhirnya dapat gak aq jumpa kawan aq ni tuk belajar...belajar apa??..tak pe la biar rahsia..
Kita ni kena sentiasa belajar, belajar baiki diri kita jadi lebih baik...

Dalam kita nak belajar dan mengajar ni perkara yang penting tu niat kita..niat kita mesti ikhlas baru ilmu tu mudah di terima..tanya diri kita, adakah aq ni betul2x ikhlas atau aq nak tunjuk kat orang ni aq ni rajin belajar..nak tunjuk kat orang aq ni banyak ilmu..jika niat kita ni jauh terpesong dari landasan agama kita, cepat2x kita betulkan niat kita..

Kita belajar ni biarlah kerana Allah..

always thinks positive...biar pun hati barak mental koyak...
kuat lah wahai hati ya...gua sayang sama lu...jangan lu buat gua pandang serong pada orang lain...MUHASABA diri kita sentiasa...


Wednesday, April 18, 2012

Alunan Merdu Sharifah Khasif

Assalamualaikum

Alhamdulillah kekeyangan..baru balik dari makan tengah hari dengan member aq kat kedai MAK CIK CANTIK...nama kedai tu bukan mak cik cantik, aq pun x tau nama kedai tu apa p makan je janji makanan sedap kuakuakua...mak cik cantik tu sebab owner kedai tu yang cik yang cantik..tu penarik kedai tu...bukan nak kata mak cik tu cantik penarik, tapi cantik ni menunjukkan kebersihan..kalau dah kita pakai cantik2 mesti la bersihkan...

ok cantik adalah subjektive...ada kata cantik, ada kata biasa2 je..tapi yang penting dapat makan dengan harga murah..kan..kan..kan..


video yg aq nak kongsi ni memang cantik...



Suruh Al-Imran ayat 14-20 by Sharifah Khasif Syed Mohd

jom dengar n kita hayati maksudnya....

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, hewan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik"
(3:14)

"Katakanlah, 'Maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta rida Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya"(3:15)

"(Yaitu) orang-orang yang berdoa, "Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka"" (3:16)

"(Juga) orang yang sabar, orang yang benar, orang yang taat, orang yang menginfakkan hartanya, dan orang yang memohon ampunan pada waktu sebelum fajar" (3:17)

"Allah menyatakan bahwa tidak ada tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana" (3:18)

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barang siapa ingkar terhadap ayat-aayt Allah, maka sungguh Allah sangat cepat perhitungan-Nya" (3:19)

"Kemudian jika mereka membantah engkau (Muhammad) katakanlah, "Aku berserah diri kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang yang buta huruf, "Sudahkah kamu masuk Islam?" Jika meraka masuk Islam, bererti mereka telah mendapat petunjuk, tetapi jika mereka berpaling, maka kewajibanmu hanyalah menyampaikan. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-NYa" (3:20).

Jika ada tersalah dalam terjemah ayat ni, mohon beritau...

Monday, April 16, 2012

Kenapa orang lain bukan kita??

Assalamualaikum

Aq tertarik dengan statement yang dibawa oleh member aq ni. Katanya "kenapa kita selalu nampak orang lain"..kalau korang tak percaya try korang tanya soalan ni

"sapa orang Islam"

Jawapan dia mesti cam ni kan...

orang Islam ni, orang yang sembahyang, buat benda baik, mengaji Al-Quran..bla..bla...

"sapa orang Malaysia"


orang Malaysia ni orang yang dapat kerakyatan Malaysia la kan..

kalau korang perhatikan jawapan yang biasa kita berikan tu, kita nampak orang lain je..kenapa kita cakap yang "orang lain" tu adalah kita??..

bila aq dengar kawan aq cakap cam tu, aq pun terfikir..emmm(sambil angguk kepala)..a'a kan kita selalu je beri gambaran orang lain padahal kita ni orang Islam, kita ni orang Malaysai..kita selalu lupa pada diri kita padahal diri kita adalah contoh yang terdekat..

xtau la kot..kot aq je selalu beri jawapan cam tu agagagagag...

cakap pasal diri kita ni kan (tetiba nak ubah topik)..kalau sesuatu masalah berlaku yang melibatkan diri kita dan orang2 sekeliling kita or persekitaran kita, selalunya kita akan salahkan orang lain kan...
secara logik nya, sapa nak salahkan diri sendiri kan..

tapi kenapa kita x salahkan diri kita dulu baru kita salahkan orang lain??? adakah sebab kita no ego?? adakah kita tak peduli, asal kita dapat salahkan orang lain???

~kalau kita terlibat ngan x-cdent, for sure la kita marahkan, nak-nak kereta yang kita sayang dah remuk kan...berasap kepala..semau orang kita nak marah, semua orang kita nak salahkan..semut lalu depan mata pun kita nak marah (ok tipu lettew)...kita kena kawal marah kita baru kita jadi tenang..so kita boleh fikir dengan rasional..apa2 keputusan yang kita ambik, kita tak akan menyesal lepas tu...

sory kalau apa yang aq tulis ni korang x faham...biasa la kadang2 aq ni syok sendiri bila menulis..aq sorang je faham bila orang baca, entah apa-apa...

sekian..

layan lagu ni dulu...


Sunday, April 15, 2012

Demontrasi Hapus PTPTN kenapa harus begini??

Assalamualikum

Selamat petang semua...
Nak sembang pasal isu PTPTN hari ni...aq ambik PTPTN..banyak weh kena bayar nanti...dalam 4thun aq ambik..berapa ribu la nak kena bayar balik..

Mesti korang dah baca kan pasal Perhimpunan semalam yang di buat oleh mahasiswa untuk mansuh PTPTN..
jujur aq memang sokong benda tu.sebab kalau kita tengok PTPTN ni ada unsur riba...depa anak orang2 kaya memang x kisah pasal benda ni sebab depa banyak duit..kita ni kerja belum tentu dapat ke x..cam mana nak bayar nanti..

Bercakap pasal perhimpunan semalam..usaha mereka aq sokong sangat *ulang ayat atas pa der..tapi 1 je yang buat aq tersentap, ni dia..


 aq kenal sorang dalam picture ni..

kenapa semua ni..kenapa..kenapa..
tolong bagi tau kenapa harus da gambar 2 kat bawah tu...
ayoyooyoyo korang ni budak sekolah rendah ke????

Usaha korang tu memang mulia..kalau benda ni dapat mansuh ramai nasib anak2 melayu dapat terbela..
tapi..adoiii sepoiii betul gambar kat bawah tu..sebab gambar tu, aq rasa baik xyah lah buat demotrasi..kenapa nak letak gambar lepas tu siap ada bunga bagai..nak tunjuk bahawa Najib tu mati (tradisi orang India, kalung bunga untuk orang dah mati)..daripada korang buat cam tu..lebih baik korang buat solat hajat moga Najib tu berubah...*tetiba jadi ustad petang ni..

x de la benda ni memang x rasional langsung..korang belajar tinggi2 tak kan boleh buat cam ni...kadang2 aq terfikir cam mana nanti orang buat kat korang sama cam ni..(minta2 di jauhkan la)..

satu lagi...cam mana kalau korang di ambil tindakan tatatertib dengan tuduhan buat benda yang x rasional cam ni, bukan akibat korang berdemo..cam mana dengan pengajian korang...kalau korang x kisah tak pe la kan..tapi bagaimana dengan parents korang...mesti dia sedih...
(ok aq dah melalut)

aq tertarik ngan pandangan demo aq ni..


Last apa nak cakap..tahniah untuk korang kerana bela nasib Mahasiswa dan yang pasti cara ni memang x betul..niat tak menghalalkan cara itu yang pasti...

Apa yang kita buat tu biarlah Allah yang teratas..kalau kita pegang benda ni..for sure benda2 yang cam ni x kan jadi...fikir2x kan bersama...

p/s: Hasan Al-Bannar pun nak tegakkan kebenaran gak, cara dia ngan cara kita sekarang jauh sekali...