Followers

Jutawan Muda

Sunday, April 7, 2013

Gelodak Jiwa

Jom di dinding pukul 1.30pm... di luar azan berkumandang dari Masjid berhampiran. Oh dah masuk waktu ni.

"Mad ko nak pergi masjid" tanya Faizal
"tak pe ko pergi dulu la" jawab Mad

dalam perjalanan Faizal tertanya kenapa Mad tidak mahu pergi ke Masjid bersama dia. Oh ini mainan hati tapi apakan daya dirinya manusia yang lemah, tewas dengan bisikan syaitan.

Faizal tertanya2x kenapa harus ada perasaan kecewa dalam hatinya. Kecewa kerana sahabatnya itu lebih gemar pergi ke Masjid berasingan darinya. Adakah dirinya itu tidak layak untuk mengajak kawannya pergi ke Masjid. Faizal menduga kerana dirinya ini banyak dosa, tidak setanding kawannya, Mad yang sentiasa basah lidahnya dengan ayat Al-Quran, yang sentiasa sujud di tikar sejadah. Mungkin ini bayaran yang harus dibayar di atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan.

Inikah hukum alam, orang yang alim tidak mahu berkawan dengan orang yang punyai banyak dosa..

Ya Allah itu hanya bisikan syaitan yang suka menghasut kedalam dada manusia

"Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan-Nya manusia. Raja manusia, Sembahan manusia. dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia, dari (golongan ) jin dan manusia" 144:1-6

Syaitan akan bersorak sekiranya kita dengar bisikannya. Selalu muhasabah diri, itulah yang sebaik-baiknya..

Setibanya di Masjid Faizal bersujud kepada yang Maha Esa, dan segala perangsangka itu hilang. Barulah dia sedar dengan mendekatkan diri pada Allah, syaitan akan takut

No comments: