Followers

Jutawan Muda

Monday, December 26, 2011

Maaf Sahabat, Aku Jahat

Assalamualaikum

Kemarin bintang tidak menghadirkan diri di langit, awan hitam menutup cahaya si bintang, semalam awan hitam menghadirkan diri la menyembunyikan sang bintang..kita mendongak langit tertanya-tanya kemana bintang-bintang, tidak sudi untuk menghadirkan diri malam-malam ku..

Hari ini tanpa jemu kita mendongak langit, senyuman ktita mula mekar apabila ternampak cahaya di langit, walaupun sedikit tidak seperti selalu, tetapi kita bahagia kerana sang bintang sudi menamani kita untuk malam ini walaupun kita akan meninggalkan di sana seketika lagi..

Begitu lah kawan, ketika kita bersedih, ada masalah, kita akan cari rakan kita, bila rakan kita tidak ada masa untuk kita cukup lah kita tau dia ada di sana dan sudi bersama kita, ada ketikanya rakan kita perlukan masa untuk dirinya, ada masa untuk rakannya yang lain. kita walaupun bersedih cukuplah kita menangis seorang diri.

Buat apa menangis, air mata bukan penyelesainya, buat apa beremosi, nanti kita yang akan merana. tapi aq, aq tak menangis, aq x bersedih, aq tak beremosi..tapi hakikatnya itulah aq.
Sekali buat silap selamanya kita akan ingat, kerana ini berkaitan dengan kehidupan, benda yang paling dekat dengan kita..

Buat-buat ceria seolah2 aq sedang melakonkan badut di atas pentas, dan penonon bersorak keriangan tapi x bermakna kita gembira..tapi tak apa asalkan orang tengok kita gembira mereka gembira itu sudah cukup menutup duka di hati..Biar orang nampak senyum di bibir kita asalkan jangan mereka terlihat air mata di hati kita. Hidup mesti di teruskan walaupun sesedih mana pun kita. Tak seorang pun antara kita mau sedih..

Maaf untuk sekian kalinya pada mereka yang terlibat dalam hidup ini. Sabahat yang sering di gangu dengan masalah dan tanpa jemu mendengar.. Bola merah yang menjadi tempat aq melepaskan geram, dan mereka-mereka yang sepetang dengan aq tanpa sengaja menjadi tempias melepaskan geram..Maaf semua aq jahat untuk kamu semua..



No comments: