Followers

Jutawan Muda

Thursday, April 12, 2012

Aktiviti Cuti Sem Terakhir di UPM

Assalamualaikum

Malam ni nak post buah tangan masa orang cuti sem balik kampung..aq cuti sem terdampar di UPM tercentak ni...hadoiii sangat suka nye pun..

x mau byk cite..kita tengok la mana yang berkenan di hati.


 waaa tekun gilerr baca..pandai hang belakon no hamihemo

 punya la lama nak snap picture ni...
tapi thanks to bro Que (sila lawat blog dia)...

 nasib baik x nampak rambut uban aq hahah


 sedihnya gambar ni..
aq rasa cam aq ni orang x betul lak

 tunggu orang istimewa x sampai2..
kalau korang nak dating kat sini boleh la...
sure x terus insaf getteww
sebab ni depan jalan utama..so korang akan diperhatikan setiap orang yang lalu
kahkahkah..
*xsegan ambik gambar masa ni sebab x de orang

tempat ni baru je siap masa konvo tahun lepas..
moga2 tempat ni bertambah cantik lepas ni
time aq konvo lak hahha
insyallah bulan 10 ni lepas raya...



 like this picture..
ayu gettew..

 x tahan baca buku ni
Buku ni tajuk dia Al-Syahid Hasan Al-Banna..
best gilerr buku ni..
terpegun bila baca buku ni..
kalau jumpa kat kedai buku ni mau rembat la satu

 zzzz penat baca buku kan...
the best picture..
habis gatal 1 badan

Menjeling2 ku bertentang...
mata kita saling memandang..
bercakap, bertanya dan bermesra
***** (ok lupa lak lirik lagu ni)

lepas je berguling2 ala2x hindustan..lompat cam orang x cukup sifat...kami merempit lak p KFC..ingat kan da offer..tapi aq da tengok iklan kat tv..KFC buat offer untuk dinner dari kul 6 petang - 9 malam..tapi bila p tak de la pulak nye pun...

ok itu sahaja buat kali ini..
cau lu...selamat malam... 
wasalam

Friday, April 6, 2012

Muhasabah


Assalamualikum

Jom kita berfikir sekejab..cuba kita fikir apa yang dah kita buat selama kita hidup kat dunia ni...Dari zaman kanak-kanak kita tak tau apa2x..main je kerja kita..masuk bendang..mandi sungai..x de dihimpit dengan masalah dunia..masalah hati..masalah perasaan..indah kan..

Bila remaja kita belajar..banyak faktor kita belajar..kerana cita-cita kita..kerana ibu bapa..kerana family..kerana kawan2x..apa yang kita lakukan pada masa tu..untuk berjaya kita belajar bersungguh2x..dan cikgu2 bersungguh2x mengajar kita..sebab dia tau kita nak belajar dan berjaya..

Bila kita dewasa..mata kita celik..hati kita terbuka..tengok dunia luar dengan mata hati..terbit keinsafan pada diri kita..mungkin zaman remaja kita berlalu dengan dunia remaja yang keseronokan bercinta, berkawan..tapi bila kita dewasa kita tengok dunia luar..peperangan, kehancuran, kebuluran..dan kita tau ini adalah kuasa Allah..pada masa yang sama kita bersyukur kerana negara kita masih lagi aman..tak perlu kita nak pegang pistol kawal rumah kita 24jam..

Dengan kesedaran yang ada pada kita itu..kita mahu mengajak orang kearah kebaikan..apa yang termampu kita buat..tapi persoalan di sini..Adakah kita betul2x lakukannya?? Adakah betul kita buat tu kerana Allah?? Atau kita buat tu kerana keadaan sekeliling kita??

Kita ada skill melukis..ada kawan kita mahu belajar melukis..kita tau kalau kita usaha lukisan kita akan cantik walaupun kita tak ada bakat asalkan kita usaha mau belajar..Setiap kali jumpa kita, kawan kita akan bawa kertas lukisan dan pensil..dalam proses melukis itu, kawan kita rasa lukisan yang dia lukis itu tak cantik seperti mana lukisan kita..dan pada satu ketika dia rasa putus asa..mungkin dia rasa, ni bukan jalan dia..tapi kita rasa dia boleh..asalkan belajar dan jangan putus asa..Tapi persoalannya apa yang kita lakukan untuk kawan kita seperti ini..Atau bagi kita "tak pe la nanti dia nak belajar balik dia datang la cari aq"..atau kita berasa penat melayan karenah kawan kita ini..

Cuba kita fikir kalau diri kita berada di tempat kawan kita..di saat kita rasa putus ada..apa yang kita mau..itu yag perlu kita selami..apa yang kawan kita rasa itu kadang2 bagi kita hal remah..tapi bagi kawan kita itu ia bagi impek yang besar..Adat orang mau belajar mesti dia akan tanya kita bila masa kita free, dia mau belajar, tapi bila sekali sekala kita yang bertanyakan dia "jom esok kita belajar" mesti kawan kita tu lebih semangat kan...

kadang-kadang kita tak nampak kenapa ada orang sering putus ada walaupun untuk belajar di jalan Allah..apa yang aq tulis kar sini, apa yang pernah rasa..bila kita nak sesuatu kita usaha..pada waktu kita rasa semangat gilerr ada perasaan down...kalau kita nak belajar mesti la kita selalu bertanyakan kawan kita kan..tanya itu..ini..di situ..di sini..tapi bila aq fikir balik n kalau aq kat tempat kawan aq ni..aq rasa aq ni cam terdesak sangat..ya la selalu mesej..dan itu kadang2 buat aq down nak bertemu dia..sebab kadang2 kita x sedar ada yang kita buat..


Tuesday, April 3, 2012

Tugas Kita


Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak update ini blog..bukan sibuk mana nye pun..entah nafsu untuk mengupdate nya ngak ada..tapi pagi ni rasa nak lak jari2 ni menari2 atas keyboard ni hahahah...kita cakap pasal benda ilmiah kali ni boleh??? tp aq ni x de lah pandai sangat dalam benda ni..just apa yg aq nak buat ni apa yg aq mampu...n it is story

Kawan: Apa tugas kita kat dunia ni??
Aq: Belajar, solat, buat ibadah.buat dosa
Kawan: Tahu tak khalifah tu apa??
Aq: Pemimpin..satu sistem pemerintahan mungkin *teringat masa sekolah dulu belajar sistem pemerintahan Islam
Kawan: Oooo..sapa tu pemimpin...Raja, Ketua Menteri..Perdana Menteri..
Aq: Memang la kat Malaysia ni dia lah yg menjadi pemimpin..
Kawan: Kalau aku kata yg kita ni khalifah..kita pemimpin..cam mana...setuju
Aq: Ok..
Kawan: Berbalik pada soalan tadi..apa tugas kita kat dunia ni??
Aq:.......*mata berkelib-kelib
Kawan: Kalau aku cakap tugas kita ni ada dua...beribadah dan menjadi pemimpin..
Aq:..............*diam je
Kawan: Apa tugas khalifah ni..apa tugas kita sebagai pemimpin..tak semestinya dalam pemerintahan je..pemimpin ni kita ajak orang lain buat baik
Aq: Layak kita aq ni menjadi pemimpin?? nak jadi pemimpin ni kena ada ilmu
Kawan: Mung naik kereta ngan kawan..mung tau kat depan tu ada lubang..mung nak bagitau ke tak kat kawan mung tu da lubang kat depan tu???
Aq: Mesti la kita bagitau..
Kawan: Kita nak ajak orang buat baik ni bukan sahaja dari percakapan, dari perbuat kita, penampilan kita..kalau orang tertarik dan berubah kerana dia tengok kita, cara kita..itu dah jadi dakwah kat dia..

Apa yang aq nak cakap kat sini..bila kita rasa diri kita ni x cukup ilmu..x layak nak tegur orang.. rasa cam diri kita teruk..buat la sekadar yg kita mampu...kita nak berdakwah kena ada Ilmu (bagi aq la)..tak kan kita nak bagi tau arah jalan bila orang bertanya kat kita sedangkan kita tak tau pun tempat tu kat mana.....
Kita buat la apa yg kita mampu..apa yg kita tahu sebab Ilmu Allah ni banyak kalau kita belajar tak akan habis..Cara kita bercakap..kita berpakian boleh jadi dakwah pada orang lain...

Kadang2 persekitaran yang membuatkan seseorang itu berubah...dan ramai yang nak berubah sebenarnya tapi tak tau cam mana..x de orang ajak pun dia kearah kebaikan..

ok dah melalut entah kemana dah ni..apa yang aq nak bagitau tugas kita ada dua..beribadat pada Allah dan menjadi Khalifah..ingat la kata2 ni "selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah"(http://farahinlee.blogspot.com/2010/09/aku-lim-dan-islam.html)

*sory la entah pe2 yg aq tulis ni sebenarnya hahahah...memang x de bakat betul kalau bab menulis ni..kbai
Wasalam...