Assalamualaikum.....
"Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta.Selawat dan sejahtera ke atas junjungn besar kami, Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dah sahabat Baginda".
"Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon pelindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami,keluarga kami, diri kami,dan segala kurniaab yang Engkau berikan kepada kami".
"Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatkanlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, orang yang berniat jahat kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya".
"Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanklah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian. Kukuhkanlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada yang membawa penyesalan pada waktu ini dan masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa".
"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanlah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengashani kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani".
Insyirah memandang kosong keluar jendela..terasa dingin pagi begitu mendamaikan hatinya yang asyik bergelora dengan perasaan..Terasa damai setelah mengadap Yang Maha Berkuasa..Tidur malamya yang terganggu sejak kebelakangan ini membuatkan dia nekad untuk terus bangkit menjenguk dunia yang penuh gelodak dengan semangat yang baru..biar sejarah semalam terukir di ruang sempit sanubari yang akan menjadi mainan ingatan dikala kesepian..Biarlah sejarah semalam terbang dibawa fajar pagi.. Dengan terbitnya cahaya mentari pagi ini memberi semangat kepadanya..
Insyirah melangkah menuju ke almari pakaianya..bersiap untuk bertemu mereka yang selalu memberi semangat kepadanya, yang selalu menghulurkan tangan apabila dia terjatuh... walaupun sakitnya bukan kepalang namun dengan adanya mereka bernama sahabat ia telah menyuntik semangatnya untuk terus bangkit..
"Hai pagi cik adik kita hari ni.." tegur kak Sham apabila terlihat Insyirah sudah berada di meja pejabatnya.Selalunya dia lah orang yang pertama sampai di pejabatnya..Di sebabkan suami kak Sham seorang guru itu menyebabkan kak Sham selalu awal datang ke pejabat untuk mengelakan kesesakan lalu lintas takut suaminya lewat pergi mengajar..
Insyirah hanya tersenyum..Dengan mengenakan baju kurung bertanah merah digayakan dengan tudung warna yang sedondon.. di hiasi wajahnya dengan solokan yang nipis membuatkan wajahnya ayu tersenyu begitu..sesiapa yang melihatnya pasti melihat buat kali kedua..tidak hairanlah ramai anak-anak muda sepejabat dengannya selalu curi-curi memandangnya..Tapi hatinya tetap tidak goyah, hatinya hanya pada insan di sana..insan yang telah menyemai cinta bersama sejak alam kempes..yang selalu memberi semangat sehingga dia berjaya menjadi Eksekutif Pemasaran di syarikat terkenal di negara ini..Semoga hati lelaki tersebut tidak akan goyah sepertinya..kerana cita-cita yang mesti dicapai mereka terpaksa terpisah untuk seketika..Semoga perpisahahan ini menyuburkan lagi bunga cinta mereka, semoga jarak yang jauh ini x memadamkan api cinta mereka yang marak ini...Doanya tidak putus-putus semoga Allah memelihara cinta mereka..
No comments:
Post a Comment