Followers

Jutawan Muda

Saturday, October 16, 2010

Lata Jarum vs Taman

Assalamualaikum

Hari ni kita tengok gambar..seharian jalan2 di pekan Raub ehheh..syok giler...
memperkenalkan watak utama cerita kami ini..
Mohd Khairi Isa a.k.a tenok
hahhha..
tengok orang main air jee..

ni la cara urutan terapi semula jadi..
hahah best gilerr..air laju giler..hilang lenguh badan...
oppss sorang terlindung tu..
agak2 sapa ya
hahaha

ni la cara orang main air terjun..seriously memang best...
air dia sejuk 
cam kena pakingson la orang kata kalau masuk air ni....
hhahah

abaikan orang nya hahah
picture ni nak tunjuk betapa cantiknya tempat ni
hahaha...
 
Ini dia watak kedua Apih...
dia orang pertama turun mandi tadi
hahha
walaupun takut dengan tempat dalam tapi semangat main air tu x pernah luntur..
Soalan pertama dia tanya 
*dalam ke tempat ni*
hahahaha


Muka kepenatan bermain air hahah...
pastu terus snap2 gambar kat atas jambatan

 
Ni Mat Shah
kita orang pergi ke rumah dia la
cool giler mamat ni main air...
lepas naik tu
perut lapar
terus sambar
*****

Sesi Kedua selepas mandia..Kita orang pergi taman permainan...
Saja2 nak lepas kat sana...

 ni Mat Duan adik mat shah..mesti ramai terkejut kan hahah
adik besaq pada abang hahah

 Nice pic haha
walaupun korang cakap x cantik biar la aq cakap gambar ni cantik
hahahaha

hhhah aq juara
pusing pinggang..

Cerita kami dah tamat tuk hari ni..esok cerita lain lak..tunggu kemunculannay hahahah

Intan Nur Batrisyia

Assalamualaikum

Heheheh hari ni aq nak tunjuk satu dunia..dunia ke...hhehehe ok no hal la satu dunia ke... satu alam ke...satu kampung ke janji aq dapat tunjuk gambar anak buah baru aq hehehhe...Dengan ini memperkenalkan...

Ni la dia Intan Nur Batrisyia..
Comel sangat2 hhehhe...


P/S : nanti kemunculan gambar2 terbaru kita orang p main air terjun heheh...
ni ngan bersiap tuk pergi mandi manda ahahha..
jgan jelous semua...

Sunday, October 10, 2010

Pemilik hati

Assalamualaikum.....

"Segala pujian tertentu bagi Allah Pencipta dan Pentadbir seluruh alam semesta.Selawat dan sejahtera ke atas junjungn besar kami, Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh keluarga dah sahabat Baginda".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, sesungguhnya kami bermohon pelindungan dan pemeliharaan daripada-Mu terhadap agama kami,keluarga kami, diri kami,dan segala kurniaab yang Engkau berikan kepada kami".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, tempatkanlah kami dan mereka semua di bawah naungan Engkau dan pemeliharaan Engkau daripada syaitan yang mengganas, orang yang berniat jahat kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segalanya".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, perindahkanklah hidup kami dengan kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagian. Kukuhkanlah hati kami dengan ketakwaan dan ketetapan hati. Hindarlah kami daripada yang membawa penyesalan pada waktu ini dan masa akan datang. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Menerima doa".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah dan kasihanlah kami, ibu bapa kami, saudara kami, orang yang mengashani kami, orang yang kami kasihi kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, orang yang perlu kami tunaikan sesuatu hak kepadanya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan rahmat-Mu wahai Allah Yang Maha Mengasihani".

Insyirah memandang kosong keluar jendela..terasa dingin pagi begitu mendamaikan hatinya yang asyik bergelora dengan perasaan..Terasa damai setelah mengadap Yang Maha Berkuasa..Tidur malamya yang terganggu sejak kebelakangan ini membuatkan dia nekad untuk terus bangkit menjenguk dunia yang penuh gelodak dengan semangat yang baru..biar sejarah semalam terukir di ruang sempit sanubari yang akan menjadi mainan ingatan dikala kesepian..Biarlah sejarah semalam terbang dibawa fajar pagi.. Dengan terbitnya cahaya mentari pagi ini memberi semangat kepadanya..
Insyirah melangkah menuju ke almari pakaianya..bersiap untuk bertemu mereka yang selalu memberi semangat kepadanya, yang selalu menghulurkan tangan apabila dia terjatuh... walaupun sakitnya bukan kepalang namun dengan adanya mereka bernama sahabat ia telah menyuntik semangatnya untuk terus bangkit..

"Hai pagi cik adik kita hari ni.." tegur kak Sham apabila terlihat Insyirah sudah berada di meja pejabatnya.Selalunya dia lah orang yang pertama sampai di pejabatnya..Di sebabkan suami kak Sham seorang guru itu menyebabkan kak Sham selalu awal datang ke pejabat untuk mengelakan kesesakan lalu lintas takut suaminya lewat pergi mengajar..

Insyirah hanya tersenyum..Dengan mengenakan baju kurung bertanah merah digayakan dengan tudung warna yang sedondon.. di hiasi wajahnya dengan solokan yang nipis membuatkan wajahnya ayu tersenyu begitu..sesiapa yang melihatnya pasti melihat buat kali kedua..tidak hairanlah ramai anak-anak muda sepejabat dengannya selalu curi-curi memandangnya..Tapi hatinya tetap tidak goyah, hatinya hanya pada insan di sana..insan yang telah menyemai cinta bersama sejak alam kempes..yang selalu memberi semangat sehingga dia berjaya menjadi Eksekutif Pemasaran di syarikat terkenal di negara ini..Semoga hati lelaki tersebut tidak akan goyah sepertinya..kerana cita-cita yang mesti dicapai mereka terpaksa terpisah untuk seketika..Semoga perpisahahan ini menyuburkan lagi bunga cinta mereka, semoga jarak yang jauh ini x memadamkan api cinta mereka yang marak ini...Doanya tidak putus-putus semoga Allah memelihara cinta mereka..


ps:/ setakat ni saja cerita ni buat masa ni..nak sambung study lu..da masa aq sambung lagi..