Followers

Jutawan Muda

Wednesday, March 31, 2010

Belah dan Bahagi

30/3/2010 hari Selasa, hari yang ku rasakan **** aku tidak tau nak ungkapkannya, Semua ada sedih,confius,takut jiwa ku ku rasakankan kosong. Sering kali ku fikir "betulku keputusan ku ini" aku dalam dilema.. Sanggupkah aku memikul tanggungjawab ini lagi.. Ya Allah aku tidak terdaya rasanya. Hati ku berbelah bagi hati kecilku berkata "ala lepaskanya jee..habis cerita,,nanti bebas dari tanggungjawab" hati satu lagi berkata "kenangan dengan mereka amat indah dan mereka mungkin memerlukan sokongan dari ku".. Aku menjadi muram.. Mungkin da orang perasan aku tidak seceria sperti malam-malam sebelumnya yang sentiasa penuh dengan gelak tawa ku, da sahaja mereka diusik oleh jenaka ku..

Malam ini ke perlukan seseorang untuk meluahkannya..Tapi siapa?? Aku kegelisahan..ingin menangis tapi air mata ini bagaikan disekat, ingin aku menjerit tapi mulutku bagiakan disumbat dengan kain.. Aku tidak terdaya lagi..

Aku terlena dalam kegelisahan, tiada siapa yang menemani ku malam ini untuk mendengar regetan hati ini..Kegelisahan hati ini menjadi penemanku pada hari ini.. Aku tiada tahu hendak menguruskan hati ini.. Handak ku buang perasaan ini tapi ia seperti petir, datang secara tiba-tiba dan mengejutkan aku membuatkan aku dalam kegelisahan lagi..

 Aku berharap agar muncul seseorang yang dapat mendengar luahkan ini dan meleraikan simpulan yang bermain di jiwa ku ini.. Ku tidak terdaya untuk berdiri lagi.

Friday, March 26, 2010

KOSONG (0)

Semangat ku lumpuh bila ku dapat sekepig kertas tadi. Pagi yang penuh semangat ku menjadi suram. entah di mana silapnya. Ya pastinya silap itu datang dari aku. Aku tidak pasti ini yang ke berapa kali ia berlaku dan pastinya terus berlaku dan berlaku. Saat aku menatap kertas tersebut aku kaku membatu. Aku tidak mendengar apa-apa lagi. Bilik tersebut kurasakan kosong, putih tidak berdinding tidak tahu dimana hujungnya. Itukah jalan hidupku? Aku tidak tahu dimana untuk mengapai supaya aku tidak terus berada dalam bilik putih tersebut entah dimanakah pintunya,dindingnya semuanya putih.


Air mata ku tidak sabar untuk melihat titisanya. tapi ku tahan sehabis daya supaya aku tidak kalah dengan perasaanku sendiri. Aku terdiam, tanganku kaku tidak bergerak, pandangan ku kosong ku rasakan dunia ini ingin menghukumku di atas kesalahanku. Ya Allah memang adil ke atas semua umatnya. Ini takdirku yang terpaksa aku terima. Hati ku memang pilu tuk menerimanya.

Tak kala melihat mereka gembira menerima kertas yang sama dengan senyuman yang membuatkan hati ku bertambah perit. Batinku menangis kesedihan, zahirku kaku tampak keegoan. Ego lu pada mereka yang melihat aku terpaku. Ingin sahaja ku lari dari situ meninggalkan mereka yang tersenyum tapi akal ku menolak tanda hormat kepada mereka.

Ku tutup kelemahanku dengan senyuman yang dipaksa. sumbing senyumanku menampakkan lagi kekecewaanku.. Tidak tertahan sudah hati ku berada di situ, badan ku pusing kaki ku terus melangkah meninggalkan mereka. Hati ini tidak terubat sudah rasanya. Bila ku renungkan lagi, bagaimana reaksi mereka-mereka nanti ingin melihat ku berubah. Janji-janji yang ku tabur umpama sebelum ini menjadi benih yang tidak bertunas. Tidak akan ada pucuk-pucuk kegembiraan mereka nanti, kuntum-kuntum seyuman akan patah dek nasib ku ini.

Masihkah ada gerimis untuk benih ini bercambah kembali yang memberikan sinar harapan kepada ku?
Ingin ku mengharapkanya tapi aku takut, takut harapanku ini membunuh aku yang di dalam keparahan dek gurisan tinta di atas kertas tadi berulang lagi. Aku tidak kuat,tidak kuat untuk menatap calitan tinta itu lagi di hari muka. Masihakah ada ruang di hati ini untuk menerimanya.. Masihkah ada semangatku untuk ku terus berdiri jika ku mendapat kepingan kertas itu lagi.
Ohh aku tidak sanggup..Sungguh aku tidak sanggup untuk melihatnya lagi. Bukan aku seorang yang tersiksa melihatnya tapi mereka di sana yang menantiku dengan senyuman juga merana jika tanganku membawa kertas ini pulang bersama.

Apakah nasib ku ini terus begini? Akankah ada penghujungnya? Warna warni dalam mengejar impian ku kurasakan semakin pudar. Pudar dengan kesilapan, kebodohan aku sendiri. Tiada guna kau menangis kedengaran suara-suara sayup bergema. Suara yang meruntuhkan hatiku lagi. Telahku janji pada diri ini untuk membuatkan diri ini tersenyum tapi hari ini janjiku umpama sembilu yang meningkam diriku sendiri. Peritnya tidak dapat ku tanggung.

Akan ku kautkan hati ini untuk berpaut di dahan yang rapuh ini agar tidak aku tersungkur menampakkan luka yang tercalar ini. Dahan yang hanya menunggu masa menyembah bumi. Wahai hati tabahlah engkau agar aku terus berdiri dan membuatkan diri ini tersenyum untuk mereka yang sentiasa menunggu ku di sana.

Friday, March 19, 2010

BeRAni!!! CubA Laaa

Hari ni saya nak main masak-masak..tajuk entry tu mesti la gempak kan heheh...Khas untuk kakak ku~Roslawati RBA~ nama nak gempak jee..OPpss mengumpat lak hehehehe...
Jom cuba masakan ni..PUDING ROTI...

Bahannya
1 bandal roti di ambik satu bungkul dan di asingkan 8-9 keping jee
6 biji telur~ayam~telur puyuh x mau
1 tin susu cair..janganlak susu pekat di masukkan air panas nak jadikan susu cair nanti x jadi lak
heeheh
1 cawan gula lebih pun ok..sapa nak manis la..
1 penutup asen vanilla,
2 susu majerin...

caranya lak..
mula2 buka radio dan kita karaoke..ohh tidak nanti hangus puding tu..

rendam roti dalam air dan tos kan dan sepak ke tepi..hehehe cam mian futsal lak..
time ni sapa yang sakit hati boleh la buat..
pukul sekuat hati telur + gula +susu cair + asen vanilla sehingga naik semangkuk..emm betul la tu kot

panaskan aven dalam 150'c

sapukan loyang dengan majerin dan masukan bahan yang di pukul tadi..masukkan roti yang di tos dengan mencarikkannya kepada bahagian2 yang kecil..
ketulkan mentega di atas adunan tadi dan masukkan ke dalam pembakar..
biarkan selama 50 minit - 1 jam dan ssejukkan..

selamat mencuba kalu x jadi jangan marahkan saya hehehe..
faham2 je la ni mesti x pandai masak hahahaah