Followers

Jutawan Muda

Sunday, April 7, 2013

Gelodak Jiwa

Jom di dinding pukul 1.30pm... di luar azan berkumandang dari Masjid berhampiran. Oh dah masuk waktu ni.

"Mad ko nak pergi masjid" tanya Faizal
"tak pe ko pergi dulu la" jawab Mad

dalam perjalanan Faizal tertanya kenapa Mad tidak mahu pergi ke Masjid bersama dia. Oh ini mainan hati tapi apakan daya dirinya manusia yang lemah, tewas dengan bisikan syaitan.

Faizal tertanya2x kenapa harus ada perasaan kecewa dalam hatinya. Kecewa kerana sahabatnya itu lebih gemar pergi ke Masjid berasingan darinya. Adakah dirinya itu tidak layak untuk mengajak kawannya pergi ke Masjid. Faizal menduga kerana dirinya ini banyak dosa, tidak setanding kawannya, Mad yang sentiasa basah lidahnya dengan ayat Al-Quran, yang sentiasa sujud di tikar sejadah. Mungkin ini bayaran yang harus dibayar di atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan.

Inikah hukum alam, orang yang alim tidak mahu berkawan dengan orang yang punyai banyak dosa..

Ya Allah itu hanya bisikan syaitan yang suka menghasut kedalam dada manusia

"Katakanlah "Aku berlindung kepada Tuhan-Nya manusia. Raja manusia, Sembahan manusia. dari kejahatan (bisikan) setan yang bersembunyi. yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia, dari (golongan ) jin dan manusia" 144:1-6

Syaitan akan bersorak sekiranya kita dengar bisikannya. Selalu muhasabah diri, itulah yang sebaik-baiknya..

Setibanya di Masjid Faizal bersujud kepada yang Maha Esa, dan segala perangsangka itu hilang. Barulah dia sedar dengan mendekatkan diri pada Allah, syaitan akan takut

Terima Kasih Sahabat

Allah-hu-Akhbar, Sami-Allah huliman hamidah....

aku mencari hpku, keypad aku tekan, 4.00am terpancar di skrin hp. Awal lagi ni, belum pukul 6.00 lagi..tapi kenapa ada orang sembahyang..aku termenung sejenak, menghayati alunan suara sahabat solat.. Sahabatku solat sunat di malam hari (Qiamulai)..

Dikala itu hati ku bertanya pada diri sendiri bila waktu terakhir aku bersujud pada yang Esa di tengah malam..masih ingatkah aku untuk melakukannya.. Ya Allah sungguh lalai dan alpa diri ini mengejar dunia sehingga nama-Mu tertimbus di dalam hati ini.

Jauh sungguh aku terdapar dalam kenikmatan dunia sehingga lalai pada-Nya. Hinanya diri ini, layakkah diri aku ini memohon ampun pada-Mu..

Bismillahhirahmannirahim.....

Alunan suara sahabat menyedarkan aku dari lena yang aku ciptakan..Ya Allah, inikah hikmat di sebalik aku berada di rumah ini.. Sungguh besar nikmat yang Engkau berikan padaku.. Sudah lama diri aku ini dalam kejahilan, tapi malam ini, Engkau menghadirkan perasaan betapa kedilnya aku di bumi Mu ini..Astagfirullahhalazim aku beristigfar..

Assalamualikum warahmatullah..
sahabat menamatkan solatnya.. betapa untung dan bertuahnya sahabat aku ini dapat bersujud pada Allah Yang Berkuasa di malam ini. Betapa nikmatnya sahabat aku ini dapat memohon ampun pada Sang Pencipta.. Moga Allah dan Malaikat bersama sahabat dan orang-orang yang alim..

Terima Kasih sahabat mesej di hantar, lalu aku bangkit dari pembaringan, memercikan air ke muka, dengan penuh rendah diri aku melangkah di satu sudut, aku bersujud pada-Nya

Ya Allah ,Ya Tuhanku, Engkau rahmatilah sahabat ku ini, aku bersyukur pada-Mu kerana menghadirkan sahabatku ini dalam hidup. dia telah membangkitkan aku untuk bersujud pada-Mu.
Hati ini merintih dengan penuh rendah diri..

TERIMA KASIH SAHABAT walaupun engaku tidak mengetahuinya, tapi kerana engkau, hati ini ingin berubah mencari REDHA ALLAH.. Moga sahabat dapat membimbing aku kejalan yang satu ini, moga sahabat tidak lelah dengan karenah aku ini. semoga sahabat mengampunkan dosa-dosa aku ini kerana hanya aku yang tahu betapa banyaknya dosa aku ini padanya mu sahabat...

Ya Allah Janganlah Engaku Pesongkan Hati Hambamu Ini Setelah Engaku Memberikan Hidayah Padaku. Amin..

Wednesday, April 3, 2013

Jiwa Yang Sakit


Di kala diri terasa begitu jauh dari-Nya, kita menyangka Dia membenci kita..
Ohh itu tidak mungkin sama sekali;

"Kita hanya perlu bergerak selangkah, Allah mendekati kita seribu langkah. Kita hanya perlu berjalan merapati Allah, Allah akan mendekati kita dalam keadaan pantas."

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (ketahuilah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186).

Tapi jiwa ini kadang-kadang sakit. Hati ini kadang kala terasa kosong, merintih di jalan-Nya, ke mana harus di bawa hati dan jiwa ini, di mana mahu ku pautkan tangan dan kaki ini agar dapat diri ini merawat jiwa yang sakit ini.

Ya kadang-kala diri ini terasa keseorangan menuju jalan yang luas dan lurus, tapi diri ini tidak sedar bahawa di hadapan sana ramai yang menunggu dan menghulurkan tangan menarik diri ini kearah kenikmatan hidup.

Ya yang sihat kadang kala sakit memerlukan penawarnya, rawatlah jiwa yang sakit itu di atas sejadah, hadirlah jiwa yang sakit itu di barisan makmum, serahkanlah jiwa yang sakit itu kepada Ilahi kerana dari Dia lah segala penawar bagi jiwa yang sakit..

p/s: Baiki diri untuk dir sendiri bukan untuk menjadi alim, tetapi untuk melepaskan diri dari lembah Jahiliah.
Radha Allah paling itu, moga jiwa sentiasa di jalan-Nya


Dua Watak Satu Jasad

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih meminjamkan jasad pada tubuh ini, sekian lama tidak bersua di sini. *ayat meremang bulu tengkok..

Hoiii dah lama rasanya x berblog ni, ziarah menziarahi blog pun dah lama x di lakukan..tak sibuk pun cuma jari jemari yang runcing ni tidak mahu menaip...

Dua Watak dalam Satu Jasad..

emm, apa yang bermain di fikiran aq sekarang ini adalah tajuk ini, Dua Watak Dalam Satu Jasad. Mungkin ada yang pernah mengalaminya. Bukan la nak kata kita ni kecelaruan identiti ke x, kat sini apa yang ingin di katakan adalah monoloq dalam diri kita. Kadang2x kita sering bertanya pada diri kita tentang sesuatu masalah dan pada masa yang sama akan terbit dua watak dalam diri kita di mana salah satunya tidak menyokong antara satu sama lain dan di sini terjadinya pergelokan watak dalam diri kita. So yang mana dominan akan menang dalam pergolakan ini dan ini sebenarnya bergantung pada personaliti kita.

Sometime it is good but sometime it will kill your self. *tu dia kemain kuar ayat owang puteh..